Al-Mutaffifiin (83) : 27 (Blok: 25-27)
Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":
TAFSIR
Maksud dari firman Allah (Mereka diberi minum dari khamar murni (tidak memabukkan) yang (tempatnya) masih dilak (disegel)) adalah khamar yang berasal dari syurga. Menurut Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, Mujahid, Hassan, Qatadah dan Ibnu Zaid, kata Rakhiq merupakan bererti salah satu nama khamar. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, bahawa Rasulullah bersabda, "Jika seorang mukmin memberi minum orang mukmin Iainnya yang sedang kehausan maka Allah akan memberinya minuman dari khamar murni (tidak memabukkan) yang (tempatnya) masih dilak (disegel), pada hari Kiamat. Jika seorang mukmin memberi makan orang mukmin lainnya yang sedang kelaparan maka Allah akan memberinya makanan yang berasal dari buah syurga. Jika seorang mukmin memberi pakaian seorang mukmin lainnya yang tidak mempunyai pakaian maka Allah akan memberinya pakaian yang berasal dari hijau-hijauan syurga." (HR Ahmad, 111/13). Menurut Ibnu Mas'ud, kata (Laknya dari kasturi) bererti dicampur dengan kasturi. Al-Aufi meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berkata, "Allah mewangikan mereka dengan arak. Lak arak tersebut terbuat dari kasturi." Demikian pula dikatakan oleh Qatadah dan Ad-Dhahak. Firman Allah (Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba) merupakan imbauan bagi manusia untuk berbangga diri dan memperbanyak kebaikan, sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya yang Iain, "Untuk (kemenangan) serupa ini, hendaklah beramal orang-orang yang mampu beramal." (QS AS-Saffat, 37: 61) Maksud dari firman Allah (Dan campurannya dari tasnim) adalah campuran arak tersebut adalah tasnim yang merupakan minuman yang paling mulia bagi ahli syurga. Demikian dikatakan oleh Abu Shalih dan Ad-Dhahak.
Rujukan: 1999: 983 (Tafsir Ibn Katsir)