Al-Mutaffifiin (83) : 1
وَيْلٌ لِلْمُطَفِّفِينَ
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh An Nasa'i dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas, la berkata "Ketika Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendapati penduduk di sana sering melakukan kecurangan menimbang dalam jual-beli. Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat ini. Setelah itu, mereka menakar dengan baik."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)