An-Nisaa’ (4) : 88
فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَّهُ أَرْكَسَهُمْ بِمَا كَسَبُوا أَتُرِيدُونَ أَنْ تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا
Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
HADISNYA
Dari Abdullah bin Amr r.a, dia berkata, Rasulullah saw pernah bersabda "Ada empat sifat yang apabila dimiliki maka pemiliknya adalah munafik murni. Barang siapa yang memiliki salah satu di antara empat tersebut itu bererti dia telah menyimpan satu tabiat munafik sampai ia tinggalkan, iaitu apabila berbicara dia berbohong, apabila bersepakat dia mengkhianati, apabila berjanji dia mengingkari dan apabila berselisih ia berbuat curang."
No Hadis: 88
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)