An-Nisaa’ (4) : 85
Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
TAFSIR 1
Maksud firman Allah (Barang siapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang baik, nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala)-nya) ertinya siapa pun yang melakukan suatu hal yang dapat menghasilkan kebaikan, ia berhak mendapatkan pahalanya. Maksud firman Allah (Dan barang siapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang buruk, nescaya dia akan memikul bahagian dari (dosa)-nya) yakni ia juga akan mendapatkan dosa yang sama sebagai akibat dari maksud dan perbuatannya yang tidak baik. Sebagaimana termaktub dalam hadis sahih bahawa Nabi saw bersabda, "Berikanlah syafaat, kalian pasti mendapatkan pahala. Allah memutuskan apa yang la kehendaki melalui nabi-Nya. " (HR Bukhari) Mujahid mengutarakan bahawa ayat ini berbicara mengenai pertolongan dengan sesama manusia (Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu) Ibnu Abbas, Atha, Athiyah, Qatadah dan Mathar Wariq menafsirkannya dengan hafizhan (sebagai pemelihara). Menurut Mujahid, syahidan (sebagai saksi). Menurut riwayat lain, hasiban (sebagai pengawas).
Rujukan: 1999: 247 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat (Barang siapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian dari (pahala) nya) ini (ditujukan pada Muhammad) adalah siapa yang memberikan syafaat yang ditujukan untuk melindungi para sahabatmu dalam berperang menghadapi musuh dan di jalan Allah, maka itu syafaat yang baik. Nescaya ia akan memperoleh bahagian daripadanya, iaitu pahala dan kemuliaan dari Allah. Maksud ayat (Dan barang siapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang buruk nescaya dia akan memikul bahagian dari (dosa) nya) siapa yang memberikan syafaat yang ditujukan untuk melindungi orang kafir dalam berperang menghadapi orang mukmin, maka itu syafaat yang jelek. Nescaya ia akan memperoleh bahagian daripadanya iaitu tanggungjawab dan dosa. Ibnu Jarir berkata, "Kami memilih pendapat ini tiada lain kerana pada susunan redaksi ayat terdapat perintah Allah kepada Nabi saw untuk menganjurkan kaum Mukmin berperang. Maka demikian itu adalah janji Allah bagi orang yang memenuhi panggilan Rasulullah saw dan juga ancaman bagi orang yang mengabaikan panggilannya. Serupa dengan itu ialah dorongan untuk memberi syafaat satu sama lain, yang tidak disebut sebelumnya juga sesudahnya. Ibnu Jarir berkata, "Makna muqit pada ayat (Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu) ialah Maha Kuasa."
Rujukan: 2001: 268-273 (Tafsir al-Tabari)