Abasa (80) : 2 (Blok: 1-3)
Kerana ia didatangi orang buta.
Abasa (80) : 2 (Blok: 1-2)
Kerana ia didatangi orang buta.
TAFSIR 1
Para ulama ahli tafsir mengatakan bahawa pada suatu hari, Rasulullah menemui seorang pembesar Quraisy untuk mengislamkannya. Ketika beliau tengah berbicara dengannya, datanglah Ibnu Ummi Maktum, salah seorang yang telah masuk Islam. Ibnu Ummi Maktum lantas menanyakan sesuatu kepada Rasulullah. Rasulullah merasa bahawa tanpa menjawab pertanyaan itu pun, Ibnu Ummi Maktum tetap mampu mendapatkan hidayah. Kerana itu, Rasulullah memasamkan wajah kepada Ibnu Ummi Maktum, bahkan memalingkan diri darinya Ialu menghadap kepada pembesar Quraisy itu. Lalu turunlah ayat (Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling kerana seorang buta telah datang kepadanya. Dan tahukah engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa)). Maksud dari itu adalah bahawa Ibnu Ummi Maktum mendatangi beliau kerana menginginkan kesucian dan kebersihan diri.
Rujukan: 1999: 977 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menerangkan pada ayat-ayat ini sebagai teguran kepada Rasulullah saw yang bermuka masam kepada seorang lelaki yang datang menemui beliau iaitu Abdullah bin Zaidah atau yang terkenal dengan sebutan Ibnu Ummi Maktum. la adalah seorang tuna netra dan ikut berhijrah ke Madinah bersama para sahabat yang lain. Pada waktu itu, Ibnu Ummi Maktum datang kepada Nabi saw hendak meminta pengajaran Islam dan mempelajari Al-Quran. la mengulang-ulang perkataannya kerana kebutaannya sehingga ia tidak mengetahui kesibukan yang sedang dihadapi oleh Nabi saw yang pada saat itu sedang menemui pemimpin-pemimpin Quraisy. Nabi tidak suka menghentikan pembicaraan beliau dengan mereka. Hal itu tampak dari roman muka beliau yang berubah menjadi masam dan memalingkan muka dari Ibnu Ummi Maktum. Kemudian, Allah menegur nabi-Nya dengan menurunkan ayat ini (Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling kerana seorang buta telah datang kepadanya). Setelah turun ayat ini, maka Rasulullah saw memuliakannya (Ibnu ummi Maktum) dan berbicara kepadanya, ?Apa keperluanmu menemuiku, apakah kamu menginginkan sesuatu?? Disebutkan dalam sebuah riwayat, bahawa setelah kejadian ini, Rasulullah saw menjadikan Ibnu ummi Maktum sebagai pengganti beliau ketika hijrah ke Madinah sebanyak dua kali untuk mengikuti perang dan dia solat bersama keluarganya.
Rujukan: 2001: 520-523 (Tafsir al-Tabari)