Al-Baqarah (2) : 50
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنْجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنْتُمْ تَنْظُرُونَ
Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
HADISNYA
Dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata, ketika Rasulullah saw tiba di Madinah, beliau berjumpa orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Assyura'. Ketika ditanyakan tentang hal ini mereka menjawab "Hari ini adalah hari kemenangan yang diberikan Allah kepada Nabi Musa a.s dan Bani Israil atas Firaun, kerana itu pada hari ini kami berpuasa sebagai penghormatan padanya". Mendengar jawapan itu, Rasulullah saw bersabda "Kami lebih berhak atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa".
No Hadis: 1910
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)