Al-Mursalaat (77) : 48
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ارْكَعُوا لَا يَرْكَعُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.
TAFSIR 1
Maksud firman Allah (Dan apabila dikatakan kepada mereka 'Rukuklah' mereka tidak mahu rukuk) adalah jika orang-orang bodoh dari kalangan orang-orang kafir itu diperintahkan supaya menjadi orang yang melakukan solat bersama dengan jamaah maka mereka tidak bersedia melakukan itu dan malah menyombongkan diri.
Rujukan: 1999: 972 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Para ahli tafsir berbeza pendapat bilakah ucapan ini dikatakan kepada mereka, ada satu pendapat mengatakan bahawa perintah ini diucapkan kelak di akhirat ketika mereka disuruh untuk bersujud, mereka pun tidak mampu melakukannya. Penjelasan ini berdasar kepada keterangan Ibnu Abbas, ia berkata, mereka diperintah kelak di hari kiamat untuk sujud, namun mereka tidak sanggup melakukannya kerana mereka semenjak di dunia tidak pernah bersujud kepada Allah sama sekali. Pendapat yang kedua adalah perintah ini terjadi di dunia, pendapat ini berdasar kepada riwayat Qatadah, ia berkata ?kalian mesti melakukan sebaik-baiknya rukuk? kerana solat itu mempunyai tempat khusus di Sisi Allah. Qatadah berkata dari Ibnu Mas'ud bahawasannya ia melihat seorang lelaki melakukan solat, namun ia tidak rukuk sedang orang yang di belakangnya menarik bajunya sehingga Ibnu Mas'ud tertawa, orang-orang yang bersamanya berkata, apa yang membuatmu tertawa? la menjawab, kedua orang itu satu di antara keduanya Allah tidak menerima solatnya adalah yang lainnya Allah tidak akan melihat kepadanya. Ada pendapat Iain bahawa yang dimaksud rukuk disini adalah melaksanakan solat, pendapat ini berdasar kepada riwayat Mujahid, bahawa yang dimaksud dengan (Dan apabila dikatakan kepada mereka "Rukuklah, mereka tidak mahu rukuk) adalah solatlah kalian. Namun pendapat yang lebih benar adalah bahawa ayat ini merupakan khabar dari Allah tentang keadaan para pendosa dan pendusta itu, orang-orang yang mereka menyalahi perintah dan larangan-Nya, mereka tidak melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Rujukan: 2001: 468-469 (Tafsir al-Tabari)