Al-Mursalaat (77) : 4 (Blok: 1-5)
Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
TAFSIR 1
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa Abu Hurairah r.a berkata (Demi (malaikat-malaikat) yang diutus untuk membawa kebaikan) (QS Al-Mursalat, 77: 1) maksud ayat ini adalah malaikat." Dan telah diriwayatkan oleh Masruq, Abi Dhuha dan Mujahid dalam salah satu riwayat. Begitu pula dengan As-Saddi dan Rabi bin Anas. Abu Shalah meriwayatkan maksud ayat itu adalah rasul. Dan dalam suatu riwayat yang berasal darinya pula, maksud ayat itu adalah malaikat. Seperti itu pula yang dikatakan oleh Abu Shalah dalam Al-Ashifat, An-Nasyirat, Al-Fariqat dan Al-Mulqiat bahawa maksud ayat itu adalah malaikat. Tsauri berkata, yang dikutip dari Salamah bin Kuhail, Muslim Al-Bathin dan Abi Abidain, "Aku pernah bertanya kepada Ibnu Mas'ud tentang al-Mursalati urfan. Dia mengatakan maksudnya adalah angin. Begitu pula ia mengatakan tentang Al-Ashifati asfan dan An-Nasyirati nasyran, bahawa itu maksudnya adalah angin." Dan seperti itu pulalah yang dikatakan oleh Ibnu Abbas, Mujahid dan Qatadah.
Rujukan: 1999: 971 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt bersumpah dengan banyak golongan malaikat antaranya ialah para malaikat yang menyampaikan ilmu dan hikmah untuk alasan dan peringatan dari Allah bahawa hari kiamat itu tidak diragukan lagi. Selanjutnya, Allah menjelaskan tentang kejadian kiamat itu, "Dan ketika cahaya bintang-bintang dipadamkan, langit dibelah, gunung-gunung dicabut, para rasul diminta hadir pada waktu mereka menjadi saksi bagi umat-umat mereka dan telah diputuskan di antara para makhluk di hadapan pengadilan dan penghisaban maka pada saat itulah kehinaan dan seksa bagi orang-orang yang kafir dan mendustakan.
Rujukan: 2001: 459-460 (Tafsir al-Tabari)