Al-Insaan (76) : 17 (Blok: 8-24)
Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",
ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Munzdir dari Ibnu Jarir berkata bahawa ayat ini turun berkenaan dengan tawanan kaum musyrikin. Mereka diseksa oleh kaum muslimin lalu turunlah ayat ini. Rasulullah kemudian memerintahkan kaum muslimin supaya memperlakukan mereka dengan baik. Diriwayatkan Ibnu Munzdir dari Ikrimah, ayat ini turun ketika Umar melihat Rasulullah yang berada di atas sebuah tikar yang terbuat dari daun kurma. Tikar itu membekas pada Iambungnya. Diriwayatkan Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzir dari Qatadah bahawasannya Abu Jahal adalah salah satu pembesar Quraisy yang selalu menghalang-halangi dakwah Rasulullah. Suatu ketika ia mengatakan "jika aku melihat Muhammad sedang solat, sungguh akan kuinjak lehernya." Sesaat kemudian, Allah menurunkan ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)