An-Nisaa’ (4) : 65
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
TAFSIR 1
(Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan) dalam ayat ini Allah bersumpah dengan Diri-Nya yang Maha Suci bahawa seseorang tidak diakui kesempurnaan imannya sebelum menyerahkan segala sesuatunya kepada keputusan beliau saw. Apa pun keputusan beliau merupakan kebenaran yang harus diterima sepenuh hati dan lapang dada. Allah swt berfirman, (Kemudian tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang engkau berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya) ertinya setelah menyerahkan segala keputusan kepadamu, mereka dapat menerimanya tanpa rasa keberatan sedikit pun. Keputusan itu mereka terima secara lahir dan batin. Imam Bukhari juga meriwayatkan dari Urwah bahawa Zubair dan seorang lelaki bertengkar tentang masalah air sebidang kebun. Perintah Nabi saw kepada Zubair, "Gayung dulu bahagianmu Zubair, lalu biarkan air itu mengalir ke bahagian tetanggamu. " Tetapi lelaki Anshar (lawan tengkar Zubair) berujar kepada nabi, "ltu kerana dia anak bibimu saja." Mendengar perkataan itu, wajah Rasulullah langsung merah. Lalu beliau berkata kepada Zubair, "Gayung bahagianmu lalu tahan sampai airnya penuh. Baru kemudian biarkan air mengalir ke bahagian tetanggamu." Nabi saw memberikan hak Zubair secara penuh setelah lelaki Anshar tadi mengkritiknya. Sebelumnya, putusan beliau cukup luwes bagi mereka berdua. Zubair mengomentarinya kemudian, Kukira, dalam masalah itulah turunnya ayat, (Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan).
Rujukan: 1999: 242 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat (Maka demi Tuhanmu) ini ditujukan kepada Muhammad bahawa hal itu tidak seperti yang diclaim oleh mereka bahawa mereka akan beriman kepada ayat yang diturunkan kepadamu. Pada hakikatnya mereka menjadikan thagut sebagai hakim dan menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu apabila diseru. Selanjutnya Allah bersumpah dengan firman-Nya, "Wa Rabbika" (demi Tuhanmu) wahai Muhammad. Maksud ayat (Mereka (pada hakikatnya) tidak beriman) adalah bahawa mereka tidak dianggap beriman kepada-Ku, kamu dan wahyu yang diturunkan kepadamu. (Mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan) iaitu mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan. Maksud ayat (Kemudian tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang engkau berikan) mereka tidak sedikit pun rasa menentang apa yang telah kamu putuskan dan ragu-ragu dalam mentaatimu. Sesungguhnya putusan yang kamu berikan di antara mereka adalah kebenaran yang tidak boleh ditolak. Ibnu Jarir mengatakan bahawa pendapat yang paling benar adalah orang yang mengatakan, "Maksudnya adalah dua orang yang menjadikan thagut sebagai hakim, iaitu orang-orang yang telah disifati oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah An-Nisa ayat 50. Iaitu orang-orang yang diinformasikan pada awal kisah melalui firman-Nya dalam surah An-Nisa ayat 51. Tidak ada petunjuk tentang keterputusan kisah mereka. Kerana itu, menggabungkan kisah sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain adalah lebih utama."
Rujukan: 2001: 200-205 (Tafsir al-Tabari)