An-Nisaa’ (4) : 65
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Iman yang enam, dari Abdullah bin Zubair bahawasanya Zubair bin Awwam pernah terlibat perdebatan dengan salah seorang sahabat dari Ansar yang turut dalam Perang Badar. Mereka memperkarakan masalah air. Kemudian Rasulullah mendengar hal itu dan beliau menganjurkan agar air itu dialirkan untuk dirinya, untuk sahabat itu dan orang lain. Mendengar hal itu, sahabat dari Ansar tidak terima dan berkata "Apakah keputusan ini kerana dia adalah keponakanmu, wahai Rasulullah?" Air muka beliau berubah sehingga beliau mengubah keputusannya agar Zubair mengalirkan air itu kembali ke saluran. Akhirnya keduanya pun menerima keputusan beliau. Maka dari itu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)