Al-Muddassir (74) : 48 (Blok: 48-51)
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
Al-Muddassir (74) : 48 (Blok: 48-49)
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
TAFSIR 1
Maksud firman Allah (Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafaat (pertolongan) dari orang-orang yang memberikan syafaat) adalah barang siapa memiliki sifat-sifat seperti itu maka pada hari Kiamat tidak akan berguna pertolongan orang-orang yang memberikan pertolongan di dalamnya. Sesungguhnya syafaat (pertolongan) hanya boleh diberikan kepada orang yang layak menerimanya. Orang yang telah dilabel kafir oleh Allah pada hari Kiamat, maka baginya neraka dan dia abadi di dalamnya. Kemudian Allah swt berfirman (Lalu mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan maksudnya adalah kenapa orang-orang kafir yang datang sebelumnya, berpaling dari apa yang telah engkau serukan dan ingatkan kepadanya. Maksud firman Allah (Seakan-akan mereka keldai liar yang lari terkejut, lari dari singa) adalah seolah-olah mereka lari dari kebenaran. Larinya mereka dari kebenaran itu bagaikan seekor keldai liar yang lari dari harimau yang hendak memburunya. Pendapat ini dikatakan oleh Abu Hurairah. Hamad bin Salmah meriwayatkan dari Ali bin Zaid dari Yusuf bin Mahran bahawa Ibnu Abbas berkata, "Al Asad (Singa atau harimau) dalam bahasa Arab, dalam bahasa Habsyi dikatakan dengan qusurah, dalam bahasa Persia disebut dengan syir dan dalam bahasa Nabthiyah disebut dengan auba.
Rujukan: 1999: 965-967 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah menjelaskan bahawa setiap jiwa tergadai dengan amalnya di Sisi Allah dan terikat, baik jiwa itu kafir mahupun mukmin, derhaka mahupun taat. Kecuali orang-orang yang diberikan kepada mereka kitab dari sebelah kanan kerana mereka telah membebaskan ikatan mereka dengan amal yang baik, sebagaimana orang yang menggadaikan barang gadaiannya dengan menunaikan hak yang wajib baginya. Mereka berada dalam bilik-bilik di syurga. Mereka menanyakan kepada orang-orang berdosa yang berada di lapisan-lapisan bawah dari neraka. Setelah penghuni neraka itu menjelaskan beberapa sifat yang menjadi penyebabnya, maka ditegaskan bahawa tidak ada gunanya lagi bagi mereka syafaat dari pemberi syafaat sebab mereka mendapatkan neraka dan kekal di dalamnya. Di sini terdapat isyarat bahawa sekalipun mereka seharusnya menerima pendakwah dan mengambil pelajaran dari apa yang disampaikannya tetapi mereka mudah berpaling daripadanya tanpa alasan yang jelas.
Rujukan: 2001: 306 (Tafsir al-Tabari)