An-Nisaa’ (4) : 54
أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُمْ مُلْكًا عَظِيمًا
Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Al-Aufi, dari Ibnu Abbas, dia berkata "Golongan Ahli Kitab berkata bahawa Muhammad menganggap dirinya tawadhu, dia diberi kenabian dan kitab, dia memiliki sembilan isteri, sesungguhnya dia tidak lain hanya mementingkan pernikahan, maka siapakah dan raja manakah yang dianggap baik jika berkelakuan seperti dirinya?" Lalu Allah menurunkan ayat ini sebagai hinaan dari sifat iri orang-orang Yahudi dan Nasrani.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)