An-Nisaa’ (4) : 51
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا هَؤُلَاءِ أَهْدَى مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas bahawa ayat ini turun berkenaan dengan Kaab bin Asyraf, seorang tokoh Yahudi yang datang ke Mekkah. Lalu orang-orang Quraisy berkata kepadanya "Tidakkah kamu melihat orang (Muhammad) yang berpura-pura sabar dan terputus dari kaumnya dan merasa lebih baik dari kami? Sementara kami melayani para jemaah haji dan Kaabah." Asyar pun menjawab, "Kalian lebih baik dari padanya (Muhammad)." Lalu turunlah surah Al-Kausar ayat 3 kemudian ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)