An-Nisaa’ (4) : 43
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
TAFSIR 1
Allah swt melarang hamba-hamba-Nya yang beriman untuk melakukan solat di saat mabuk ketika ia tidak bisa mengerti perkataan yang keluar dari mulutnya. Selain itu, Allah juga melarang mereka mendekati tempat solat iaitu masjid di saat junub kecuali hanya untuk lewat dan tidak berdiam diri. Larangan solat di saat mabuk ini berlaku sebelum khamar diharamkan. (Sampai kamu sedar apa yang kamu ucapkan) kalimat ini menjelaskan secara lugas bahawa batas seseorang mabuk atau tidak adalah mengetahui apa yang ia katakan. (Dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekadar melewati untuk jalan saja, sebelum kamu mandi (mandi junub)) Ibnu Abu Hatim meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas menafsirkan, "Janganlah masuk masjid dalam keadaan junub kecuali sekadar lewat. Sekadar lalu, tidak boleh duduk di dalamnya." (Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau sehabis buang air atau kamu telah menyentuh perempuan sedangkan kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci)) maksudnya apabila penggunaan air menyebabkan suatu penyakit semakin mengkhawatirkan seperti kehilangan anggota badan atau cacat, lambat sembuh dan semacamnya maka (orang yang sakit) dibolehkan tayamum. Ghaith maksudnya, tempat yang jauh dari orang. Ini kiasan untuk ber-taghawwuth iaitu berhadas kecil. Kata (Menyentuh) pada ayat ini merupakan kiasan bersenggama.
Rujukan: 1999: 235-237 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat (Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat, ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sedar apa yang kamu ucapkan) ini adalah bahawa Allah melarang orang yang beriman untuk melaksanakan solat dalam keadaan mabuk oleh minuman sebelum diharamkannya khamr. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat dari para sahabat Nabi bahawa makna ayat tersebut memang demikian. Maksud ayat (Dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekadar melewati untuk jalan saja sebelum kamu mandi (mandi junub)) janganlah kalian menghampiri masjid ketika kalian sedang dalam keadaan junub sehingga kalian mandi kecuali sekadar berlalu saja. Maksud ayat (Adapun jika kamu sakit) jika kamu sakit baik berupa Iuka-Iuka ataupun penyakit cacar sedang kamu dalam keadaan junub dan tidak mampu mandi janabat, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci). Maksud ayat (Atau sedang dalam perjalanan) atau jika kamu sedang dalam musafir dan kamu sihat lalu junub, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci). Demikian pula dengan tafsiran ayat "Jika kamu telah selesai buang air ketika dalam musafir lagi sihat, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)." Maksud ayat (Atau kamu telah menyentuh perempuan) ialah persetubuhan bukan makna Iainnya. Kerana ada sebuah hadis sohih dari Rasulullah saw yang mengatakan bahawa beliau pernah mencium salah seorang isterinya, Ialu solat tanpa wudhu lagi. " Maksud ayat (Sedang kamu tidak mendapat air) atau kamu telah menyentuh perempuan kemudian mencari air untuk bersuci Ialu kamu tidak mendapat air, baik dengan cara membeli atau tidak. Maksud ayat (Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun) Allah senantiasa memaafkan dosa-dosa hamba-Nya, dengan tidak menghukum atas dosa-dosa pada umumnya selama bukan dosa musyrik. Sebagaimana Dia memaafkan kamu dan tidak segera mengazab kamu atas kesalahan melaksanakan solat dalam keadaan mabuk.
Rujukan: 2001: 45-97 (Tafsir al-Tabari)