Al-Haaqqah (69) : 17 (Blok: 13-17)
Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.
TAFSIR
Allah berfirman seraya memberitahukan tentang kegaduhan hari Kiamat, bahawa yang pertama adalah tiupan yang mengejutkan dan kemudian disusuli dengan tiupan yang membuat pengsan semua yang ada di Bumi dan di langit selain yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian disusul dengan tiupan yang membangunkan kerana Tuhan semesta alam, kebangkitan dan pengumpulan. Dan itu hanya satu tiupan. Dalam ayat ini dikemukakan bahawa itu dilakukan dengan satu tiupan. Sebab urusan Allah tidaklah saling bertentangan, saling mencegah dan tidak membutuhkan pengulangan dan pengukuhan. Oleh kerana itu, di sini Allah swt berfirman (Dan diangkatlah Bumi dan gunung-gunung lalu dibenturkan keduanya sekali benturan). Maksudnya adalah Aku menarik Bumi sejauh-jauhnya dan mengganti Bumi menjadi bukan Bumi. Maksud firman Allah (Dan terbelahlah langit kerana pada hari itu langit menjadi rapuh) Ibnu Juraij berkata, Ini seperti firman Allah (Dan dibukalah langit, maka terdapatlah beberapa pintu."' Ibnu Abbas berkata, "Terbakar dan Arsy berada di bawahnya." Firman Allah (Dan para malaikat berada di berbagai penjuru langit) maksudnya iaitu semua yang bersemayam di langit, melihat penduduk Bumi. Maksud firman Allah (Pada hari itu lapan malaikat menjunjung Arsy (singgasana) Tuhanmu di atas (kepala) mereka) adalah pada hari Kiamat, lapan malaikat menjunjung Arsy (singgasana) Tuhan.
Rujukan: 1999: 952 (Tafsir Ibn Katsir)