Al-Qalam (68) : 18 (Blok: 17-18)
Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
TAFSIR 1
Ayat ini menerangkan kisah ujian Allah terhadap dua orang yang diceritakan mereka mempunyai kebun yang memuat berbagai macam buah-buahan. Mereka bersumpah akan memetik buah-buahnya itu pada malam hari agar tidak diketahui oleh orang-orang miskin dan orang yang meminta-minta sehingga mereka akan memperoleh buah-buahnya itu secara sempurna tanpa menyedekahkannya sedikit pun. Mereka saling berbisik agar perkataannya itu tidak didengar oleh seorang pun. Allah menjelaskan (Tetapi mereka tidak menyisihkan (dengan mengucapkan, 'Insya Allah)). Lalu kebun itu bencana yang berasal dari langit. Namun ketika mereka sampai di kebun itu, mereka melihat bahawa kebun tersebut telah dalam keadaan seperti yang dikatakan oleh Allah. Di mana keelokan, keindahan dan banyaknya buah-buahan yang ada dalam kebun tersebut akhirnya berubah menjadi hitam pekat yang sama sekali tidak ada lagi manfaatnya sehingga meyakini mereka telah berjalan pada jalan yang salah. Oleh kerana itu, mereka berkata ?Sungguh, kita ini benar-benar orang yang sesat?. Sebahagian ulama mengemukakan bahawa mereka itu adalah penduduk Yaman. Said bin Jabir mengatakan mereka berasal dari suatu desa yang dinamakan dengan Dharwan, enam batu dari Shan'a. Dan ada yang mengatakan pula bahawa mereka penduduk Habsyah, yang nenek moyang mereka telah mewariskan kebun tersebut dan mereka termasuk Ahlul Kitab. Nenek moyang mereka adalah orang yang berkelakuan baik. Ketika ia telah meninggal dunia, kebun itu diwarisi anak-anaknya yang diceritakan di awal.
Rujukan: 1999: 947-948 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah menjelaskan bahawa apa yang diberikan Allah kepada manusia hanyalah cubaan dan ujian agar Dia melihat apakah orang itu menggunakannya untuk taat dan syukur kepada Allah sehingga Allah akan menambah nikmat kepadanya ataukah orang itu akan menggunakannya untuk kafir sehingga Allah akan memutuskan nikmat darinya dan menimpakan kepadanya bermacam-macam bencana dan seksa? (Tetapi mereka tidak menyisihkan (dengan mengucapkan, "Insya Allah ")). Sebagaimana halnya para pemilik kebun ketika mereka sedikit menjalankan kederhakaan, kebun mereka dibinasakan Allah iaitu ketika mereka menahan hak Allah dari kebun itu dan mereka menginginkan untuk tidak menunaikan zakatnya bagi orang yang malang dan tidak pula kepada orang fakir. Kerana itu, ditetapkanlah kepada mereka pembalasan yang pantas dan dibinasakanlah kebun mereka itu dengan bencana yang seburuk-buruknya. Maka bagaimanakah pula dengan orang-orang yang menentang Allah dan rasul-Nya dan tetap berkeras dalam kekafiran dan kemaksiatan?
Rujukan: 2001: 279-280 (Tafsir al-Tabari)