At-Talaaq (65) : 2 (Blok: 1-2)
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
ASBAB 1
Diriwayatkan Abi Hatim dari Anas, Ibnu Jarir dari Qatadah dan Ibnu Mundzir dari Ibnu Sirin bahawasa nya Rasulullah hendak menceraikan isterinya, Hafshah. Lalu Hafshah pulang kepada keluarganya. Kemudian Allah menurunkan ayat. "Wahai Rasulullah, apabila kalian menceraikan isteri-isteri kalian, ceraikan mereka pada waktu mereka dapat menghadapi idahnya." Ketika ayat 1-2 ini turun, seorang lelaki menyarankan beliau untuk merujuknya kembali kerana ia adalah seorang yang gemar beribadah dan berpuasa, juga termasuk isterinya di syurga kelak. Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dan Al Khathib dari Ibnu Abbas bahawasannya putera Auf bin Malik ditawan oleh musuh dalam suatu peperangan. Lalu ayah dan ibunya memperbanyak membaca "laa haula walaa quwwata illa billah". Ketika musuh lalai, anak itu dapat melarikan diri dari mereka seraya menggembalakan gembalaannya sehingga sampailah ia ke rumahnya dengan selamat, kisah ini menjadi sebab turunnya ayat 2, penggalan "Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya"
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)