Al-Jumuah (62) : 1
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Jumuah (62) : 1 (Blok: 1-2)
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
TAFSIR 1
Allah menjelaskan bahawa segala sesuatu yang ada di langit dan di Bumi bertasbih kepada-Nya yakni semua makhluk baik bernyawa mahupun yang tidak bernyawa. Seperti firman Allah sebagai berikut. (Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya) (QS Al-Isra, 1 7: 44) Kemudian Allah berfirman (Maharaja, Yang Maha Suci) Ertinya Dialah Raja atas langit dan Bumi, Yang menggerakkan keduanya dengan hukum-Nya. Dialah Yang Maha Suci dari segala kekurangan, Yang memiliki sifat sempurna. (Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana) Tafsir ayat ini telah beberapa kali dibahas.
Rujukan: 1999: 927-928 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
(Sentiasa bertasbih kepada Allah). Maksudnya segala sesuatu yang terdapat di langit dan Bumi, bertasbih kepada Allah, semuanya mengagungkan-Nya dengan tunduk dan patuh kepada-Nya. (Dia-lah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri) maksudnya kemudian Allah mengutus kaum yang buta huruf seorang rasul dari kalangan mereka. Mujahid berkata bahawa yang dimaksud dengan kaum yang buta huruf adalah bangsa Arab. Bangsa Arab disebut umat yang "ummii" (buta huruf) kerana tidak ada sebuah kitab yang dapat mereka baca. Maka Allah mengutus Nabi Muhammad sebagai rahmat dan petunjuk yang akan membimbing mereka (As-Suyuthi, QS Al Jumu'ah, 62: 7-2215). (Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya). Kemudian Allah menerangkan peranan Rasul yang Dia utus (Nabi Muhammad saw) untuk membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah yang Allah turunkan kepadanya. Sedangkan maksud (Menyucikan (jiwa) mereka) membersihkan mereka dari noda-noda kekufuran. Maksud ayat mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Sunnah)) iaitu mengajarkan mereka Al-Quran dan kandungan yang terdapat di dalamnya baik dari perintah yang Allah wajibkan dan larangan-larangan-Nya dan ajaran-ajaran agama-Nya. Yang dimaksud Hikmah adalah As-Sunnah.
Rujukan: 2001: 79-80 (Tafsir al-Tabari)