Al-Mumtahanah (60) : 13

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ قَدْ يَئِسُوا مِنَ الْآخِرَةِ كَمَا يَئِسَ الْكُفَّارُ مِنْ أَصْحَابِ الْقُبُورِ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.


TAFSIR 1
Pada akhir surah ini, Allah swt melarang untuk menjadikan orang-orang kafir sebagai kawan, sebagaimana Dia melarangnya pada awal surah. Allah berfirman (Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang-orang yang dimurkai Allah sebagai penolongmu) yakni orang-orang Yahudi, Nasrani dan semua orang kafir yang dimurkai dan dilaknat oleh Allah. Mereka berhak untuk diusir dan dijauhkan. Bagaimana mungkin kamu menjadikan mereka sebagai kawan padahal mereka telah berputus asa dari hari akhirat? Juga dari pahala dan kenikmatan hari akhirat yang telah ditetapkan oleh Allah? Allah berfirman (Sungguh, mereka telah putus asa terhadap akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur juga berputus asa) Dalam hal ini terdapat dua pendapat. Pertama, orang-orang kafir yang masih hidup berputus asa terhadap kerabat mereka yang sudah ada dalam kubur bahawa mereka tidak bertemu lagi kerana mereka tidak mengakui adanya hari kebangkitan dan penghidupan kembali. Maka putuslah harapan mereka untuk bertemu. Kedua, orang-orang kafir yang sudah ada di dalam kubur berputus asa atas semua kebenaran. Ibnu Mas'ud berpendapat terkait firman Allah (Sungguh mereka telah putus asa terhadap akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur juga berputus asa) bahawa orang-orang itu berputus asa ketika mereka meninggal dan diperlihatkan kepada mereka balasan yang akan mereka terima. Ini adalah pendapat Mujahid, Ikrimah, Muqathil, Ibnu Zaid, Kalabi dan Mansur. Pendapat ini dipilih oleh Ibnu Jarir r.a.
Rujukan: 1999: 924 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
(Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang-orang yang dimurkai Allah sebagai penolongmu). Dalam ayat ini Allah mengingatkan kepada para sahabat rasul agar tidak menjadikan penolong bagi kalian kaum yang Allah murkai mereka iaitu orang Yahudi. Para ulama telah berbeza pendapat mengenai maksud ayat (Sungguh, mereka telah putus asa terhadap akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur juga berputus asa) ini. Sebahagian di antaranya berpendapat bahawa maksudnya adalah kaum yang mendapat murka dari Allah iaitu Yahudi. Manshur berpendapat bahawa orang-orang Yahudi telah berputus asa dari pahala Allah di akhirat sebagaimana telah berputus asa orang kafir yang berada di dalam kubur akan mendapatkan sebuah kebaikan ketika mereka yakin bahawa azab Allah dan kehinaan akan menimpa mereka. Adapun pendapat yang paling kuat bahawa orang-orang yahudi yang mendapatkan murka Allah telah berputus asa dari pahala Allah bagi mereka di akhirat kelak, hal itu disebabkan kerana kekufuran mereka dan pendustaan mereka kepada rasul-Nya padahal mereka mengetahui bahawa beliau.
Rujukan: 2003: 5-17 (Tafsir al-Tabari)