Al-Mumtahanah (60) : 8
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
ASBAB 1
Diriwayatkan Imam Bukhari dari Asma binti Abu Bakar, dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Qatilah, ibu kandung Asma juga sebagai isteri Abu Bakar yang dicerai pada masa Jahiliyah, pernah memberi Asma bingkisan hadiah ,pada awalnya Asma menolak bahkan tidak memperkenankan ibunya masuk ke rumahnya. Kemudian ia pun bertanya kepada Rasulullah saw "Bolehkan saya berbuat baik kepadanya dengan menerima bingkisan itu?" Rasulullah saw menjawab "Ya, boleh." Lalu turunlah ayat 8 ini yang menegaskan bahawa Allah tidak melarang seseorang berbuat baik kepada orang tua yang tidak memusuhi agama Allah.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)