Al-Mujaadalah (58) : 22
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Abi Hatim dari Abdullah bin Syaudzab, ia berkata bahawa ayat ini turun berkenaan dengan Abu Ubaydah yang telah membunuh ayahnya sendiri yang kafir dalam peperangan di Badar. Imam At-Tabrani dan Hakim juga meriwayatkan dalam Mustadrak dengan lafaz, bapanya Abu Ubaydah menyerang dan ingin membunuhnya, Abu Ubaydah berusaha menghindar dan mempertahankan dirinya dengan segala cara tetapi ketika keinginan ayahnya yang memuncak dan berlebihan justeru malam membuatnya terbunuh di tangan anaknya sendiri lalu turunlah ayat ini. Dalam riwayat lain, Ibnu Mundzir meriwayatkan dari Ibnu Juraij, ia berkata "Diceritakan kepadaku bahawa Abu Quhafah, ayah Abu Bakar mencaci Rasulullah saw. Lalu Abu Bakar memukulnya dengan keras sampai terjatuh. Kejadian ini diceritakan kepada Rasulullah. Beliau bertanya kepada Abu Bakar 'apakah benar kamu telah melakukan itu, wahai Abu Bakar?' la menjawab 'Sungguh jika ada pedang di dekatku, aku akan memenggalnya.'
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)