Al-Mujaadalah (58) : 1 (Blok: 1-3)
Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Al-Mujaadalah (58) : 1
Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
TAFSIR 1
Dalam riwayat Ibnu Abi Hatim, Aisyah berkata, "Maha Suci Allah yang mendengar segala sesuatu. Saya mendengar perkataan Khaulah binti Tsalabah dan tidak didengar oleh yang lain. Dia mengadukan suaminya kepada Rasulullah. Dia berkata, 'Wahai Rasulullah, suamiku telah memakan hartaku. Aku habiskan masa mudaku dengannya dan dia telah menziharku.' Lalu turunlah ayat (Sungguh, Allah telah mendengar ucapan perempuan yang mengajukan gugatan kepadamu (Muhammad) tentang suaminya). Allah berfirman (Orang-orang di antara kamu yang menzihar isterinya, (menganggap isterinya sebagai ibunya) padahal isteri mereka itu bukanlah ibunya). Kalimat Zihar berasal dari kata Zhahrun yang bermakna punggung. Ketika ingin mencerai isterinya, orang Jahiliyah berkata, "Kamu bagiku sudah seperti punggung ibuku." Perkataan seperti itu atau yang menyerupainya, tidaklah menjadikan isteri mereka sebagai ibu kerana ibu yang sebenarnya adalah orang yang melahirkan mereka. Allah berfirman, (Dan sesungguhnya mereka benar-benar telah mengucapkan suatu perkataan yang mungkar dan dusta) yakni perkataan buruk dan batil. Firman Allah (Dan mereka yang menzihar isterinya kemudian menarik kembali apa yang telah mereka ucapkan) Imam Syafie berkata ertinya menahan talak setelah mengucapkan kata zihar. Dia sebenarnya tidak mentalaknya. Firman Allah (Maka (mereka diwajibkan) memerdekakan seorang hamba) memerdekakan hamba perempuan sebelum kamu berhubungan badan. Hamba yang dimaksud adalah hamba secara keseluruhan, tidak harus Islam. Tentu ini berbeza dengan kafarat kerana membunuh maka harus memerdekakan seorang hamba perempuan yang Islam.
Rujukan: 1999: 905 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah menjelaskan hukum zihar dalam surah Al-Mujadalah ayat I -5. Zihar adalah salah satu bentuk talak yang dijatuhkan suami kepada isterinya pada masa Jahiliyah. Zihar tidak diperbolehkan kerana mengandungi unsur menyamakan isteri dengan ibunya sendiri. Ibnu Abbas mengatakan bahawa ayat ini turun mengenai Khaulah. Suaminya mengatakan bahawa ia seperti tulang punggung ibunya. Dengan perkataan ini suaminya telah mengharamkan apa yang telah Allah halalkan baginya. Khaulah kemudian menemui Rasulullah, Rasulullah bersabda, "Saya belum diperintahkan apa-apa untuk menyelesaikan permasalahanmu ini, pulanglah. Jika saya diperintahkan untuk melakukan sesuatu, akan saya memberitahukannya kepadamu insya Allah. " Lalu turunlah ayat ini. Rasululullah saw menemui suami Khaulah, lalu berkata "Kafarat apakah yang kamu inginkan atas sumpah yang kamu ucapkan?" Aus berkata, "Apakah ada kafarat atas sumpah saya tersebut?" Beliau berkata, "Mampukah kamu memerdekakan seorang budak?" Aus berkata, "Jika itu harta saya akan hilang semuanya, saya memiliki sedikit harta." Beliau berkata, "Sanggupkah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut?" Aus berkata, "Tidak demi Allah, kalau saya tidak makan tiga kali dalam sehari, kaburlah pandangan mata saya." Beliau berkata, "Mampukah kamu memberi makan enam puluh orang miskin?" Aus berkata, "Tidak demi Allah kecuali engkau memberi saya bantuan dan doa." Beliau berkata, "Saya akan memberimu lima belas sha dan saya akan mendoakan agar kamu mendapatkan berkah". ltulah kafarat bagi yang berbuat zihar.
Rujukan: 2003: 472 (Tafsir al-Tabari)