Al-Baqarah (2) : 44
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
TAFSIR 1
Dalam ayat ini Allah swt menegur Ahlul Kitab yang selalu memerintahkan kebaikan tetapi tidak pernah melakukannya. Mereka telah memahami kebenaran yang dianjurkan Allah swt, lalu mereka menyerukannya kepada orang lain tetapi mereka justeru melakukan pembangkangan terhadap Allah swt. Mereka ibarat orang buta tetapi memerintahkan orang lain untuk melihat. Abdul Razzaq meriwayatkan dari Qatadah bahawa dalam ayat ini, Bani lsrail memerintahkan orang lain untuk selalu bertakwa kepada Allah swt dan melakukan kebaikan. Akan tetapi mereka sendiri tidak konsisten dengan ucapan mereka itu. As-Saddi dan Ibnu Juraij menegaskan, Ahlul Kitab dan kaum muna?k memerintahkan umat manusia agar menunaikan solat, puasa, zakat dan selalu menyerukan agar beramal soleh namun mereka sendiri tidak melakukan semua itu. Muhammad bin lshaq meriwayatkan dari lbnu Abbas bahawa mereka justeru lalai dan melupakan keadaan diri mereka yang telah melakukan pembangkangan terhadap syariat Allah swt. Mereka mengingkari kenabian dan melanggar syariat yang ada dalam kitab Taurat. Intinya, mereka tidak konsisten dengan seruan mereka kepada orang lain. Dengan ayat ini, Allah swt mengecam tindakan yang mereka lakukan yang selalu menyerukan amar makruf tetapi mereka sendiri tidak membenahi sikap mereka. Melakukan amar makruf nahi mungkar adalah perbuatan mulia tetapi menjadi tercela jika orang yang melakukannya tersebut justeru melakukan pembangkangan terhadap syariat yang mereka serukan.
Rujukan: 1999: 46-47 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Pada dasarnya para ahli tafsir sepakat bahawa ((Mengerjakan) kebajikan) bererti segala bentuk ketaatan kepada Allah. Namun, ketaatan macam apa yang dimaksud kata ((Mengerjakan) kebajikan) dalam ayat ini? Para ahli tafsir berbeza pendapat. Menurut lbnu Abbas, ((Mengerjakan) kebajikan) dalam ayat ini adalah iman kepada Nabi Muhammad saw, masuk agamanya dan mengikuti ajarannya. Sedangkan menurut Ibnu Juraij adalah solat dan puasa. Adapun menurut As-Saddi adalah taat kepada Allah. Sedangkan menurut Qatadah adalah taat dan takwa kepada Allah serta berbuat kebaikan. Walaupun para ahli tafsir berbeza pendapat mengenai makna kata ((Mengerjakan) kebajikan) dalam ayat ini, menurut Al-Tabari, semuanya sepakat bahawa ayat ini merupakan teguran kepada kaum (Bani lsrail dan kaum mana pun termasuk umat Islam) yang menyuruh manusia kepada perkataan dan perbuatan yang diredhai Allah, tetapi mereka melupakan diri sendiri. Kerana itu menurut lbnu Juraij sudah sepatutnya yang menyeru kepada kebaikan untuk terlebih dahulu mengamalkan. Kalimah (Tidakkah kamu mengerti?) pada akhir ayat ini adalah celaan, terhadap Bani Israil, kerana menyuruh orang lain berbuat kebaikan padahal mereka sendiri tidak melakukan. Mereka melarang orang lain berbuat keburukan tapi mereka sendiri suka melakukan. Mereka menyeru manusia agar beriman kepada Nabi Muhammad dan risalahnya namun mereka sendiri mengingkari. Tidakkah mereka menyedari betapa buruknya perbuatan itu.
Rujukan: 2001: 613-617 (Tafsir al-Tabari)