Al-Baqarah (2) : 44
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa ayat ini turun berkenaan dengan segolongan Yahudi di Madinah. Diantara mereka ada yang berkata kepada saudara kandung, kerabat dan saudara-saudara susuannya dari kaum muslimin agar mereka tetap dalam agama Muhammad yang telah dianutnya dan mentaatinya. Mereka menyuruh orang lain tetapi diri mereka tidak melakukannya.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)