An-Nisaa’ (4) : 16
وَاللَّذَانِ يَأْتِيَانِهَا مِنْكُمْ فَآذُوهُمَا فَإِنْ تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا عَنْهُمَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ تَوَّابًا رَحِيمًا
Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.
HADISNYA
Hadis riwayat Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi saw bertanya kepada Ma'iz bin Malik "Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu?" Ma?iz bin Malik bertanya 'Apakah yang telah engkau dengar tentang diriku?" Rasulullah saw bersabda "Aku mendengar bahawa kamu telah berzina dengan seorang anak perempuan keluarga si fulan". Ma?iz bin Malik menjawab "Ya, benar!" Bahkan dia bersaksi empat kali, kemudian Rasulullah saw memerintahkan dia direjam.
No Hadis: 3205
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)