An-Nisaa’ (4) : 11
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
TAFSIR 1
Surah An-Nisa 4:11 yang berbunyi (Allah Mensyariatkan (mewajibkan) kepadamu tentang (pembahagian warisan untuk) anak-anakmu, (iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan. Dan jika anak itu semuanya perempuan yang jumlahnya lebih dari dua maka bahagian mereka dua per tiga dari harta yang ditinggalkan. Jika dia (anak perempuan) itu seorang sahaja maka dia memperoleh setengah (harta yang ditinggalkan). Dan untuk kedua ibu bapa, bahagian masing-masing seperenam dari harta yang ditinggalkan jika dia (yang meninggal) mempunyai anak. Jika dia (yang meninggal) tidak mempunyai anak dan dia diwarisi oleh kedua ibu bapanya (sahaja) makai bunya mendapat sepertiga. Jika dia (yang meninggal) mempunyai beberapa saudara makai bunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut diatas) setelah (dipenuhi) wasiat yang dibuatnya atau (dan setelah dibayar) hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih banyak manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana). Ayat sesudahnya dan ayat yang menjadi penutup surah An-Nisa merupakan ayat-ayat yang menjadi dasar ilmu waris. Ilmu waris disarikan dari ketiga ayat ini, di samping hadis-hadis yang berkenaan dengan warisan yang berperan sebagai pentafsir ayat-ayat tersebut. Sebuah hadis menyinggung anjuran belajar ilmu waris atau ilmu faraid. Bahagian-bahagian tertentu (furudh) yang disebutkan hadis itu merupakan bahagian penting dalam ilmu waris. Imam Abu Daud dan Ibnu Majah menyebutkan sebuah riwayat dari Abdullah bin Amr, Rasulullah saw bersabda sebagai berikut. ?Ilmu itu ada tiga. Selain yang tiga itu merupakan keutamaan semata. Antara lain, ayat yang muhkam, sunnah yang sahih dan ilmu faraid yang tepat.? (HR Abu Daud dan Ibnu Majah) Allah swt meminta kalian berlaku adil terhadap anak. Soalnya, kaum jahiliysah hanya memberikan warisan seluruhnya kepada anak lelaki, sedangkan anak perempuan tidak mendapat bahagian sedikit pun. Oleh sebab itu, Allah swt meminta untuk membahagikan warisan kepada semua anak meskipun dengan bahagian yang berbeza pada masing-masingnya. Perbezaaan ini tidak lain kerana anak lelaki memerlukan biaya lebih untuk menafkahi keluarga, untuk usaha berdagang dan lainnya serta akan bersusah payah menghidupi keluarganya kelak. Hal inilah yang membuatnya menjadi pantas mendapat bahagian dua kali lebih banyak dari bahagian anak perempuan.
Rujukan: 1999: 219-221 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini dan ayat-ayat sesudahnya merupakan ayat-ayat yang membahas ilmu faraid. llmu faraid merupakan rincian dari ketiga ayat ini. Maksud ayat (Allah mensyariatkan (mewajibkan) kepadamu tentang (pembahagian warisan) anak-anakmu, (iaitu) bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan) yakni Allah menetapkan kepada kalian, jika seseorang meninggal dan meninggalkan anak lelaki dan perempuan. Maka semua harta waris bagi anak lelaki dan perempuan, baik anak itu masih kecil ataupun sudah dewasa. Untuk bahagian anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan. Pembahagian ini (semua harta waris) jika tidak ada ahli waris selain mereka. Maksud dari ayat (Dan jika anak itu semuanya perempuan yang jumlahnya lebih dari dua, maka bahagian mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan) yakni jika anak-anaknya itu terdiri dari perempuan, sama sekali tidak ada anak lelaki, sedangkan jumlah mereka dua orang atau lebih, maka mereka mendapatkan dua per tiga dari harta yang ditinggalkan orang tua mereka.
Rujukan: 2001: 457-473 (Tafsir al-Tabari)