Al-Waaqiah (56) : 14 (Blok: 13-15)
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
TAFSIR 1
Allah menjelaskan golongan terdahulu yang mendekatkan diri kepada Allah. Kebanyakan dari mereka adalah golongan yang lebih dahulu masuk Islam dan hanya sedikit dari golongan selanjutnya. Namun para ulama berbeza pendapat mengenai makna dari "golongan terdahulu" dan "golongan selanjutnya". Ada yang mengatakan, golongan terdahulu adalah umat-umat terdahulu sedangkan golongan selanjutnya adalah umat yang ada sekarang. Mujahid dan Hassan Basri menceritakan bahawa Rasulullah bersabda sebagai berikut. "Kami adalah golongan kemudian dan golongan paling dulu masuk syurga di akhirat." (HR Abu Hatim). Inilah pendapat yang diikuti oleh Ibnu Jarir. Imam Abu Muhammad bin Abi Hatim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa ketika ayat (Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian) turun, para sahabat nabi resah. Kemudian turun ayat 39-40 di surah ini (Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan besar pula dari orang yang kemudian) Lalu Rasulullah bersabda sebagai berikut "Aku berharap kalian menjadi seperempat dari penghuni syurga, sepertiga penghuni syurga, bahkan kalau bisa setengah dari penghuni syurga. Dan setengahnya dibagi-bagi oleh mereka. " (HR Ahmad).
Rujukan: 1999: 891 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
(Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu) maksudnya kebanyakan dari umat-umat terdahulu. Maksud ayat (Dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian) sedikit dari golongan umat Muhammad saw, umat Muhammad adalah umat yang terakhir. Dikatakan bahawa umat Muhammad adalah umat terakhir kerana mereka adalah akhir umat di dunia ini. Abu Jaafar At-Tabari mengatakan berkaitan ayat 15 adalah bersandarkan kepada ranjang-ranjang yang dipintal, dimasukan satu sama lain, ada juga pendapat lain ranjang-ranjang ini dihiasi dengan emas dan permata, pendapat ini juga dikuatkan oleh Sufyan, dari Mujahid, dari Ibnu Umar, ia berkata, dihiasi dan ditaburi lapisan emas. Pendapat lain menyebutkan dihiasi dengan durr dan safir, pendapat ini di kuatkan dengan riwayat Ikrimah.
Rujukan: 2001: 352 (Tafsir al-Tabari)