An-Nisaa’ (4) : 2
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
TAFSIR 1
Allah swt memerintahkan untuk menyerahkan harta anak yatim di saat mereka benar-benar sudah mencapai usia akil baligh. Selain itu, Allah swt melarang kita untuk memakannya dan menggabungkan harta itu dengan harta milik kita. ltulah sebabnya Allah swt berfirman (Janganlah kamu menukar yang baik dengan yang buruk). Mentafsirkan ayat ini, Said bin al-Musayyab dan Al-Zuhri berujar, "Jangan mengganti (haiwan) yang kurus lalu mengambil (haiwan) yang gemuk." Sementara itu, Ibrahim An-Nakha'i dan Dhahhak menafsirkan, "Jangan ambil yang bagus Ialu memberinya yang jelek." As-Saddi bercerita, "Pernah ada orang yang mengambil seekor kambing gemuk milik anak yatim lalu menggantinya dengan seekor kambing Iain yang kurus. Kambing diganti kambing, ujarnya. la juga mengambil wang dirham yang bagus dan meletakkan wang dirham palsu sebagai gantinya. Dirham diganti dengan dirham, ujarnya." (Dan janganlah kamu makan harta mereka) Mujahid, Said bin Jubair, Muqatil bin Hayyan, As-Saddi dan Sufyan bin Husain memberi tafsiran ayat ini sebagai berikut, "Jangan mencampur-baurkannya sehingga kalian melahap habis keseluruhan harta yang ada." Sedangkan ayat (Sungguh, (tindakan menukar dan memakan) itu adalah dosa yang besar) menurut Ibnu Abbas. Secara lengkap ayat di atas bermakna bahawa melahap harta anak yatim yang digabung dengan harta peribadi milik kalian merupakan dosa besar dan kesalahan nyata.
Rujukan: 1999: 216 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini berkenaan dengan kewajiban-kewajiban yang harus ditaati oleh orang yang menerima wasiat harta anak yatim. Allah seolah berfirman kepada mereka, "Wahai para pengasuh anak yatim, serahkanlah harta mereka setelah mereka baligh.? Maksud ayat (Jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk) iaitu janganlah kalian mengganti harta halal iaitu harta kalian sendiri lalu kalian menggantikannya dengan harta haram iaitu harta anak yatim yang dititipkan kepada kalian. Janganlah kamu bersenang-senang dengan harta anak yatim pada tempat dan keadaan yang seharusnya kamu bersenang-senang menggunakan hartamu sendiri. Apabila kamu berbuat demikian bererti kamu mengganti harta anak yatim dengan hartamu. Maksud ayat (Janganlah kamu makan harta mereka bersama hartamu) yakni janganlah kalian memakan harta anak yatim dengan mencampurkan dan menggabungkannya beserta harta kalian. Maksud ayat (ltu adalah dosa yang besar) yakni memakan harta anak yatim termasuk perbuatan dosa besar.
Rujukan: 2001: 351-358 (Tafsir al-Tabari)