An-Nisaa’ (4) : 2
وَآتُوا الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
ASBAB 1
Ayat ini turun berkaitan dengan seorang lelaki dari Ghathafan yang mempunyai harta banyak namun kepunyaan anak lelaki yatim, anak dari saudara lelakinya. Ketika si anak itu sudah dewasa, ia meminta harta itu namun tidak diberikan oleh pamannya tersebut. Keduanya pun mengadukan permasalahan ini kepada Rasulullah saw Ialu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)