Al-Qamar (54) : 17
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
TAFSIR 1
Firman Allah (Dan sungguh telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?) Yakni mempermudah lafaznya dan mempermudah maknanya bagi yang mahu mengambil pelajaran seperti dijelaskan dalam ayat lain sebagai berikut. Firman Allah (lni adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran. (QS Sad, 38: 29) Firman Allah (Maka Sesungguhnya Telah kami mudahkan Al-Quran itu dengan bahasamu agar kamu dapat memberi khabar gembira dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang bertakwa dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang) (QS Maryam, 19: 97) Firman Allah (Maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?) bererti "apakah ada yang mahu mengambil pelajaran dengan dimudahkan lafaz dan makna Al-Quran oleh Allah? Muhammad bin Kaab Qaradzi berkata, "Apakah ada yang mahu menjauhi maksiat?"
Rujukan: 1999: 882 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah menjelaskan pada ayat-ayat sebelumnya bahawa Kami meninggalkan perahu yang Kami bawa dengan perahu tersebut Nuh a.s dan orang-orang yang bersamanya. Hal ini menjadi pelajaran bagi orang-orang setelah kaum Nuh agar mereka mengambil pelajaran dari peristiwa tersebut dan berhenti mengikuti jalan kaum Nuh yang salah. Iaitu mereka yang kufur kepada Allah dan mendustakan rasul-Nya sehingga mereka ditimpa seksa tersebut. Kemudian Allah pun mengingatkan kepada umat manusia, perhatikanlah bagaimana seksa-Ku bagi mereka yang kafir kepada Rabb mereka dari kaum Nuh, mereka mendustakan rasul-Nya Nuh a.s dan mereka tenggelam dalam kesesatan mereka. Perhatikanlah bagaimana peringatan-Ku yang Aku turunkan kepada mereka. Ini adalah sunnah Allah bagi siapa saja yang mendustakan rasul-Nya. Demikian juga bagi yang mendustakan Nabi Muhammad saw. Ini adalah peringatan bagi mereka bahawa layak bagi mereka untuk mendapatkan seksa sebagaimana seksa yang menimpa kaum Nuh. (Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan) iaitu dengan menjelaskannya bagi siapa yang mahu mengambil pelajaran, ibrah dan mengingatnya. lbnu Zaid berkata maksud ayat ini iaitu Kami mudahkan dan Kami jelaskan. Setelah Allah mudahkan Al-Quran, Allah mempertanyakan (Maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?) yang dapat ia ambil dari apa yang terkandung di dalam Al-Quran dari peringatan dan ibrah. Sebagian ulama berpendapat bahawa maksudnya adalah apakah ada seorang penuntut ilmu atau pencari kebaikan yang menjadikan Al-Quran sebagai penolong baginya. Diriwayatkan dari Qatadah mengenai maksud ayat ini, "Apakah ada dari pencari kebaikan yang menjadikan Al-Quran sebagai penolong baginya." (As Suyuthi, 135).
Rujukan: 2001: 274-282 (Tafsir al-Tabari)