An-Najm (53) : 32 (Blok: 32-33)
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
ASBAB 1
Diriwayatkan Al-Wahidi, At-Thabrani, Ibnu Mundzir dan Ibnu Hatim, dari Tsabit bin Al-Harits bahawa orang-orang Yahudi beranggapan bahawa bayi Yahudi yang meninggal itu termasuk orang-orang yang shiddiq. Hal tersebut disanggah oleh Rasulullah "Tidak ada satu pun yang diciptakan Allah dalam perut ibunya yang akan mengetahui apakah dirinya kelak celaka atau bahagia." Maka dari itu, turunlah ayat 32 ini. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim bahawasannya ketika Rasulullah bersiap untuk berperang, datanglah seseorang yang ingin ikut berperang tetapi ia tidak mempunyai sesuatu pun untuk dibawa. Kemudian, ia bertemu temannya. la berkata "Berilah aku sesuatu agar aku bisa pergi berperang." Temannya berkata "Aku akan memberimu unta kecil ini dengan syarat kamu mahu membawa beban-bebanku. Lalu ia berkata, Ya." Lalu Allah pun menurunkan ayat 33 ini."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)