An-Najm (53) : 16
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
TAFSIR 1
Ayat ini adalah rangkaian ketika Rasulullah saw diperlihatkan Jibril a.s dalam rupanya yang berbeza dari rupa-rupa yang pernah ditampakan ketika menyampaikan wahyu Allah, malaikat yang Allah beri sifat dalam firman-Nya yang lain (Sesungguhnya (Al-Quran) itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril) yang memiliki kekuatan, memiliki kedudukan tinggi di Sisi (Allah) yang memiliki Arsy, yang di sana (di alam malaikat) ditaati dan dipercaya) (QS At-Takwir, 81: 19-21). Pada ayat sebelumnya dikatakan pernah juga Rasulullah saw melihatnya dalam rupanya yang asli, beliau bersabda "Aku melihat Jibril yang memiliki enam ratus sayap, setiap sayapnya menutupi cakrawala, dari sayap itu bertaburan cahaya bagaikan permata dan permadani." (HR Ahmad, 1/395) Adapun ayat ini, menekankan bahawa Rasulullah ((Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratulmuntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya). Terdapat beberapa hadis tentang Isra Mikraj bahawa Nabi Muhammad didatangi oleh malaikat yang menyerupai cahaya. la didatangi oleh cahaya Tuhan dengan beraneka ragam warna, hadisnya dikatakan sebagai berikut "Aku melihat Jibril di sidratulmuntaha, ia memiliki enam ratus sayap." (HR Ahmad). Ibnu Mas'ud juga meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Suatu ketika malaikat Jibril mendatangiku dengan rupanya yang hijau dan dikelilingi intan permata." (HR Ahmad, 1/407)
Rujukan: 1999: 875 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
(Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratulmuntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya). Para ulama berbeza pendapat mengenai tafsiran "sesuatu" yang menutupi Sidratulmuntaha. Sebahagian ulama berpendapat bahawa yang menutupinya adalah kasur yang terbuat dari emas. Banyak hadis-hadis yang menerangkan bahawa maksudnya adalah kasur dari emas. Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Yakkub bin Zaid, ia berkata "Rasulullah saw ditanya mengenai apa yang beliau lihat di Sidratulmuntaha? Beliau berkata, "Saya melihatnya, ia tertutup oleh kasur yang terbuat dari emas" (As-Suyuthi, 162). Ada juga yang berpendapat bahawa telah menutupinya adalah Allah dan para malaikat-Nya. Di antara hadis-hadis yang menerangkan maksud ini adalah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, ia berkata "Ketika Nabi saw melakukan perjalanan Isra, beliau sampai pada sebuah tempat iaitu Sidratulmuntaha, maka dikatakan kepadanya bahawa ini adalah Sidratulmuntaha. Beliau berkata, "Sidratulmuntaha ditutupi oleh cahaya Allah dan para malaikat. Mereka bagaikan burung-burung gagak yang sedang bertengger di atas pohon." Abu Hurairah berkata, "Allah berbicara pada Rasulullah saw saat itu, Mintalah!"
Rujukan: 2001: 209-211 (Tafsir al-Tabari)