Ali-Imran (3) : 187 (Blok: 187-188)
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.
TAFSIR
Ayat ini menegaskan seputar orang-orang yang riak dan melebih-lebihkan dirinya dalam sesuatu yang tidak mereka lakukan. Rasulullah saw bersabda sebagai berikut, "Barang siapa yang mengaku-aku suatu kebohongan/apa yang tidak ia kerjakan untuk mendapatkan kelebihan/pujian maka Allah tidak akan pernah memberinya kelebihan justru kekurangan/kehinaan." Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Marwan berkata, "Wahai Rafi' (penjaga pintu rumah Marwan), pergilah kepada Ibnu Abbas dan katakan, 'Jika setiap orang yang bangga atas perbuatannya dan suka dipuji atas sesuatu yang tidak dilakukannya akan diseksa maka sesungguhnya kita semua akan diseksa.' Ibnu Abbas menimpali, 'Kenapa kalian terlalu memikirkan hal ini? Sesungguhnya ayat ini ditujukan bagi Ahlul Kitab.' Ibnu Abbas berkata, "Rasulullah saw ber- tanya kepada Ahlul Kitab tentang sesuatu tetapi mereka menutupinya dan memberi tahu beliau dengan sesuatu yang lain (kebohongan). Mereka kemudian menampakkan seolah-olah mereka telah memberi tahu beliau tentang sesuatu yang benar sehingga mereka dipuji atas apa yang telah mereka lakukan itu. Mereka bangga dengan apa yang telah mereka perbuat (menyembunyikan sesuatu yang telah mereka ketahui dan ditanyakan oleh Rasulullah saw)". Kata (Jangan sekali-kali kamu mengira bahawa mereka) dalam ayat di atas maksudnya mereka jangan pernah mengira bisa selamat dari azab kerana azab sudah pasti menimpa mereka.
Rujukan: 1999: 211 (Tafsir Ibn Katsir)