At-Tuur (52) : 3 (Blok: 1-7)
Pada lembaran surat yang terbuka;
TAFSIR 1
Allah bersumpah kepada makhluk-Nya bahawa dengan kekuasaan dan kebesaran yang dimiliki, Dia akan menurunkan azab kepa- da musuh-musuh-Nya. Tidak ada satu pun makhluk yang boleh menghalangi munculnya azab tersebut. Kata Thur sendiri bererti gunung tetapi gunung yang dikelilingi pepohonan. Gunung ini seperti gunung yang menjadi tempat Nabi Musa a.s berbicara dengan Allah dan tempat Nabi Isa a.s diutus. Berkaitan firman Allah (Dan demi Kitab yang ditulis) Sebahagian ulama mengatakan maksudnya adalah kitab yang ada di lauh mahfuz, sementara sebahagian yang lain mengatakan maksudnya adalah kitab yang diturunkan kepada manusia yang dibaca dengan jelas. Kerana itu Allah melanjutkan firman-Nya (Pada lembaran yang terbuka). Berkaitan firman Allah (Demi Baitulma'mur (Kaabah)) disebutkan dalam Hadis tentang Isra Mikraj bahawa Rasulullah saw bersabda "Kemudian aku diangkat ke Baltulma'mur yang setiap hari didatangi tu juh puluh ribu malaikat. Ketujuh puluh ribu malaikat itu selalu berganti setiap hari, tidak pernah ada yang mengulang datang lagi." (HR Bukhari dan Muslim). Maksud dari itu adalah bahawa para malaikat juga melakukan tawaf (di Kaabah, Baitulma'mur) sebagaimana manusia melakukan tawaf di Kaabah (Bumi). Berkaitan firman Allah (Demi atap yang ditinggikan) Sufyan Ats-Tsauri, Syu'bah, Abu Ahwash, Sammak, Khalid dan Ali mengatakan bahawa maksudnya adalah langit. Maksud firman Allah (Sungguh azab Tuhanmu pasti terjadi) iaitu Allah bersumpah dengan segala hal tadi atas kepastian azab yang akan ditimpakan kepada orang-orang kafir.
Rujukan: 1999: 868-869 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt bersumpah kepada salah satu ciptaan-Nya iaitu demi Thur. Thur adalah sebuah gunung yang disebut gunung Thur di dataran Sinai. Diriwayatkan dari Mujahid bahawa Thur adalah sebuah gunung yang terdapat di Suria (Tafsir Mujahid, 622) namun ini hanyalah sebuah pendapat. Ada juga beberapa riwayat lainnya yang menjelaskan bahawa yang dimaksud adalah gunung di mana Allah berbicara dengan Musa a.s. Setelah Allah swt bersumpah dengan salah satu ciptaan-Nya iaitu gunung Thur, la menegaskan pada beberapa ayat sesudahnya bahawa azab Tuhanmu pasti akan terjadi yang akan menimpa orang-orang kafir pada hari kiamat. Dan pada saat terjadinya azab itu tidak ada satu pun yang dapat menolak dan menyelamatkan mereka dari azab yang Kami berikan. Namun pada rangkaian ayat sebelumnya juga Allah bersumpah dengan ciptaan-ciptaan-Nya yang lain.
Rujukan: 2003: 157-171 (Tafsir al-Tabari)