Adz-Dzaariyaat (51) : 11 (Blok: 11-14)
(Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
Adz-Dzaariyaat (51) : 11
(Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
TAFSIR 1
Ayat Ini merupakan rangkaian laknat Allah terhadap orang-orang yang banyak berdusta, lebih Ianjut Allah merinci bahawa orang yang banyak berdusta adalah orang-orang yang terbenam dalam kebodohan dan kelaIaian atau bisa juga adalah orang-orang yang banyak berbohong dan mendustakan sebagaimana disampaikan Mujahid. Disebutkan pula bahawa maksud dari (Orang-orang yang banyak berdusta) adalah orang-orang yang meyakini bahawa mereka tidak akan dibangkitkan lagi setelah kematian mereka. Ali bin Abu Thalhah mengutip pendapat Ibnu Abbas mengatakan bahawa ayat ?Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta? bererti bahawa Allah akan melaknat orang-orang yang ragu. Tafsiran ini senada dengan isi khutbah Muaz yang mengatakan bahawa orang-orang yang ragu akan binasa. Qatadah juga mengatakan bahawa kata (orang-orang yang banyak berdusta) bererti orang-orang yang dengki dan berburuk sangka. Berkaitan dengan firman Allah ((Iaitu) orang-orang yang terbenam dalam kebodohan dan kelalaian) Ibnu Abbas mengatakan maksudnya adalah kekafiran dan keraguan. Maksud dari firman Allah (Mereka bertanya ?Bilakah hari pembalasan itu??) adalah bahawa mereka bertanya seperti itu hanya untuk menutupi kebohongan mereka. Hal itu kerana sesungguhnya mereka ragu dan tidak percaya. Berkaitan dengan firman Allah (Hari pembalasan itu iaIah) pada hari (ketika) mereka diazab di dalam api neraka. Ibnu Abbas, Mujahid dan Hassan mengatakan bahawa maksud dari itu adalah mereka pasti akan diazab. Mujahid menambahkan, (Mereka diazab sebagaimana emas dilebur dengan api) pendapat Mujahid ini diikuti oleh Ikrimah, Ibrahim An-Nakha'i, Zaid bin Aslam dan Sufyan Ats-Tsauri. Kata (Mereka diazab) bererti "mereka akan dibakar". Berkaitan dengan firman Allah (Dikatakan kepada mereka ?Rasakanlah azabmu itu) Mujahid mengatakan bahawa maksudnya adalah biarkan orang-orang kafir itu merasakan bagaimana rasanya dibakar. Maksud dari firman Allah (lnilah azab yang dahulu kamu minta agar disegerakan) adalah penghinaan dan keburukan bagi mereka yang akan mereka dapatkan disebabkan apa yang telah mereka perbuat semenjak di dunia.
Rujukan: 1999: 860 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Firman-Nya ((iaitu) orang-orang yang terbenam dalam kebodohan dan kelalaian) Allah swt menegaskan kepada orang-orang yang larut dalam kesesatan sehingga mereka terus-menerus membangkang terhadap kebenaran diutusnya Nabi Muhammad saw oleh Allah swt sehingga membuat mereka Ialai dan alpa dari kebenaran tersebut. Yunus meriwayatkan, ia berkata "Ibnu Wahab meriwayatkan, ia berkata Ibnu Zaid berkata, Firman-Nya (Dalam kebodohan dan kelalaian) ia berkata ?Lalai dari apa yang datang kepada mereka dan apa yang diturunkan kepada mereka berupa perintah Allah swt?. la kemudian membaca firman Allah swt (Hati orang-orang kafir itu dalam kesesatan dari (memahami kenyataan) ini) (QS Al-Mukminun, 23: 63). la berkata ?Tidakkah engkau bisa menyaksikan saat engkau memungut sesuatu kemudian membenamkannya ke dalam air??
Rujukan: 2001: 121-122 (Tafsir al-Tabari)