Ali-Imran (3) : 172
Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.
TAFSIR 1
Pertempuran di Gunung Uhud merupakan balas dendam pasukan kafir kepada pasukan muslim. Tujuan utama pasukan kafir adalah membunuh Rasulullah saw kerana mereka telah kehilangan para pembesar mereka dalam Perang Badar. Telah dijelaskan sebelumnya bahawa usai Perang Uhud, berembus khabar dari syaitan bahawa Rasulullah saw telah wafat. Pasukan kafir pun bersorak-sorak dan menganggap bahawa misi mereka telah sempurna. Padahal tanpa mereka sedari, Rasulullah saw sebenarnya belum wafat tetapi memang terluka di beberapa bagian. Kerana merasa telah berhasil memukul mundur pasukan muslim dan membunuh Rasulullah saw mereka pun kembali. Namun dalam perjalanan pulang terdengar khabar bahawa Rasulullah saw belum wafat. Mereka pun kaget dan memutuskan untuk kembali mengejar pasukan muslim. Mendengar rencana serangan itu, Rasulullah saw memerintahkan pasukan muslim untuk kembali bersiap. Pasukan muslim berjalan lagi sampai di sebuah tempat bernama Khamra Aswad, sekitar 8 mil dari Madinah. Muhammad bin Ishaq mengatakan bahawa pertempuran di Gunung Uhud terjadi pada hari Sabtu pertengahan bulan Syawwal.
Rujukan: 1999: 206-207 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini menjelaskan tentang orang-orang yang mengikuti Rasulullah menuju Hamraul Awsad ketika hendak mengejar musuh (Abu Sufyan beserta musyrikin Quraisy) yang sedang keluar dari Uhud. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ia berkata, "Sesungguhnya Allah telah mencampakkan ke dalam hati Abu Sufyan rasa takut dalam Perang Uhud sesudah ia berhasil meraih kemenangan yang diperolehnya. Kerana itu, ia kembali ke Mekah. Dan Nabi saw bersabda, ?Sesungguhnya Abu Sufyan telah memperoleh suatu kemenangan dari kalian dan sekarang ia pulang kerana Allah menanamkan rasa takut dalam hatinya'. Perang Uhud terjadi dalam bulan Syawal, sedangkan pada waktu itu merupakan kebiasaan setahun sekali para pedagang datang ke Madinah pada bulan Zulkaidah, Ialu mereka menggelarkan dagangannya di Badar Sugra. Mereka tiba di Madinah sesudah peperangan Uhud. Saat itu kaum muslim mendapat Iuka dari perang Uhud, lalu mereka mengadu kepada Nabi saw dan merasa berat dengan Iuka yang baru mereka alami itu. Sesungguhnya Rasulullah saw menyerukan kepada orang-orang agar berangkat bersamanya, sekalipun keadaan mereka tidak mendorong mereka mengikutinya. Lalu Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya mereka sekarang berangkat pulang ke Mekah untuk menunaikan hajinya dan mereka tidak akan mampu melakukan semisal dengan apa yang mereka lakukan dalam peperangan Uhud kecuali tahun depan nanti" Akan tetapi syaitan menakut-nakuti kekasih-kekasih Allah bahawa kaum musyrik telah menghimpun kekuatan untuk menyerang mereka sehingga orang-orang tidak mahu mengikuti Nabi saw. Lalu Nabi bersabda, 'Sesungguhnya aku tetap akan berangkat, sekalipun tidak ada seorang pun yang mengikutiku untuk menggerakkan orang-orang yang mahu ikut" Maka ikutlah bersama Nabi, Abu Bakar dan lain-lain lalu mereka berangkat sehingga sampai di As-Safra dan Allah menurunkan ayat ini (QS Ali Imran, 3: 172)." Pada ayat ini dijelaskan bahawa Allah memberikan janji atas amalan para sahabat Nabi saw yang memenuhi perintah Allah dan Rasul meskipun mereka sudah terluka. Jika mereka bertaqwa kepada Allah, mereka akan takut kepada-Nya, menjalankan kewajipan dari-Nya, mentaati perintah dan larangan-Nya. Dan mereka akan mendapatkan pahala yang melimpah kerana berbuat amal soleh di dunia.
Rujukan: 2001: 239-244 (Tafsir al-Tabari)