Al-Fath (48) : 10
Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.
TAFSIR 1
Maksud firman Allah swt (Tangan Allah di atas tangan-tangan mereke) adalah bahawa Allah selalu bersama mereka, juga mendengar dan melihat pekerjaan mereka serta mengetahui isi hati mereka. Pada dasarnya Allahlah yang menyumpah para sahabat di bawah pohon, di Hudaibiyah tersebut melalui perantara rasul-Nya. Hal itu sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya yang lain sebagai berikut. (Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung). (QS At-Taubah, 9: 111) Maksud dari firman Allah swt (Barang siapa menepati janjinya kepada Allah maka Dia akan memberinya pahala yang besar) adalah bahawa Allah akan memberikan ganjaran pahala yang besar. Sumpah atau baiat yang dilakukan para sahabat itu dikenali dengan nama Bai'aturridhwan. Sumpah itu dilakukan di bawah pohon yang rindang di daerah Hudaibiyah. Jumlah para sahabat yang turut berbaiat di hadapan Rasulullah pada saat itu sekitar 1300 orang. Ada pula riwayat yang menyebutkan bahawa jumlah mereka 400 orang, ada pula yang mengatakan 500 orang.
Rujukan: 1999: 845 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menegaskan kepada Nabi-Nya, Muhammad saw, sesungguhnya orang-orang yang berjanji setia (berbaiat) kepadamu di Hudaibiyah, di antara para sahabatmu bahawa mereka tidak akan melarikan diri saat berperang melawan musuh dan tidak akan berpaling, (Bahawa orang-orang yang berjanji setia kepadamu (Muhammad)) iaitu berjanji setia kepadamu kerana Allah swt kerana Allah swt menjamin dan menjanjikan mereka dengan syurga. Firman-Nya (Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka) ada dua penafsiran. Pertama, tangan Allah swt berada di atas tangan mereka saat berbaiat kerana hakikatnya mereka berjanji setia kepada Allah swt melalui perantara Nabi saw. Kedua, kekuasaan Allah swt menyertai kekuatan mereka di mana Allah swt menolong rasul-Nya kerana mereka mahu berjanji setia kepada Rasulullah saw agar mendapatkan pertolongan-Nya saat melawan musuh. Firman-Nya (Barang siapa melanggar janji) barang siapa melanggar janjinya kepadamu, wahai Muhammad dan membatalkannya maka Allah swt tidak akan menolongmu saat melawan musuh-musuhmu kerana ia telah memungkiri janji Tuhannya. (Maka sesungguhnya dia melanggar atas (janji) sendiri) melanggar janji akan menggugurkan janji Allah swt kepada dirinya yang menjanjikan syurga dengan dipenuhinya janji setia itu. Tidak ada yang dirugikan dari pelanggaran janji setia tersebut selain dirinya sendiri.
Rujukan: 2001: 584-588 (Tafsir al-Tabari)