Ali-Imran (3) : 162 (Blok: 161-162)
Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
TAFSIR
Menurut Ibnu Abbas, Mujahid dan Hassan, ayat (Dan tidak mungkin seorang Nabi berkhianat) menerangkan bahawa seorang Nabi tidak mungkin berkhianat termasuk dalam urusan perang dan harta rampasan perang. Ayat Ini menjelaskan kesucian para nabi yang tidak akan mengkhianati amanah. Kerana itu Allah swt memberikan peringatan dan ancaman terhadap orang-orang yang berkhianat. Di akhirat, mereka akan mendapatkan balasan dari Allah swt dan dari orang yang mereka khianati. Dalam ayat (Maka adakah orang yang mengikuti keredhoan Allah sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan dari Allah dan tempatnya di neraka Jahanam? ltulah seburuk-buruk tempat Dijelaskan bahawa kesetiaan dan pengkhianatan merupakan dua sifat yang kontradiktlf. Orang yang selalu mengimani dan mengamalkan ajaran Allah swt demi memohon redha-Nya tidak mungkin sama dengan orang yang ingkar dan berkhianat atas amanah yang diberikan. Dalam ayat QS Ar-Ra'd 13: 19. Allah swt menjelaskan bahawa ia selalu menganugerahkan rahmat dan kebahagiaan untuk orang yang setia kepada Agama-Nya. Sebaliknya, Allah swt murka dan membukakan pintu kesesatan serta kegelisahan untuk orang yang mengkhianati Agama-Nya. Hassan Al-Bashri dan Muhammad bin Ishak mengatakan, ayat ini menjelaskan bahawa pelaku kebaikan dan kekufuran mendapatkan darjatnya masing-masing di hadapan Allah. Menurut Kisai dan Abu Ubaidah ayat tersebut menjelaskan bahawa balasan bagi orang yang beriman berbeza dengan balasan bagi orang yang kafir. Diutusnya Nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul merupakan anugerah terindah bagi seluruh umat manusia. Beliau datang untuk mengubah bangsa Arab yang ada dalam kondisi carut-marut. Nabi Muhammad saw juga menjadi pemungkas para Nabi. Ajaran beliau merupakan penyempurna semua syariat yang pernah diturunkan Allah swt kepada para nabi sebelum beliau. Jadi kehadiran Rasulullah saw di muka bumi ditujukan untuk mengentaskan umat manusia dari jurang kekufuran dan kezaliman menuju kehidupan yang diberkahi oleh Allah swt dalam naungan Islam.
Rujukan: 1999: 203 (Tafsir Ibn Katsir)