Ali-Imran (3) : 161 (Blok: 161-162)
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
Ali-Imran (3) : 161
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
TAFSIR 1
Menurut Ibnu Abbas, Mujahid dan Hassan, ayat (Dan tidak mungkin seorang Nabi berkhianat) menerangkan bahawa seorang Nabi tidak mungkin berkhianat termasuk dalam urusan perang dan harta rampasan perang. Ayat Ini menjelaskan kesucian para nabi yang tidak akan mengkhianati amanah. Kerana itu Allah swt memberikan peringatan dan ancaman terhadap orang-orang yang berkhianat. Di akhirat, mereka akan mendapatkan balasan dari Allah swt dan dari orang yang mereka khianati. Dalam ayat (Maka adakah orang yang mengikuti keredhoan Allah sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan dari Allah dan tempatnya di neraka Jahanam? ltulah seburuk-buruk tempat Dijelaskan bahawa kesetiaan dan pengkhianatan merupakan dua sifat yang kontradiktlf. Orang yang selalu mengimani dan mengamalkan ajaran Allah swt demi memohon redha-Nya tidak mungkin sama dengan orang yang ingkar dan berkhianat atas amanah yang diberikan. Dalam ayat QS Ar-Ra'd 13: 19. Allah swt menjelaskan bahawa ia selalu menganugerahkan rahmat dan kebahagiaan untuk orang yang setia kepada Agama-Nya. Sebaliknya, Allah swt murka dan membukakan pintu kesesatan serta kegelisahan untuk orang yang mengkhianati Agama-Nya. Hassan Al-Bashri dan Muhammad bin Ishak mengatakan, ayat ini menjelaskan bahawa pelaku kebaikan dan kekufuran mendapatkan darjatnya masing-masing di hadapan Allah. Menurut Kisai dan Abu Ubaidah ayat tersebut menjelaskan bahawa balasan bagi orang yang beriman berbeza dengan balasan bagi orang yang kafir. Diutusnya Nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul merupakan anugerah terindah bagi seluruh umat manusia. Beliau datang untuk mengubah bangsa Arab yang ada dalam kondisi carut-marut. Nabi Muhammad saw juga menjadi pemungkas para Nabi. Ajaran beliau merupakan penyempurna semua syariat yang pernah diturunkan Allah swt kepada para nabi sebelum beliau. Jadi kehadiran Rasulullah saw di muka bumi ditujukan untuk mengentaskan umat manusia dari jurang kekufuran dan kezaliman menuju kehidupan yang diberkahi oleh Allah swt dalam naungan Islam.
Rujukan: 1999: 203 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini menjelaskan bahawa para Nabi tidak akan pernah mengkhianati umatnya. Maksud ayat (Dan tidak mungkin seorang Nabi berkhianat) As-Saddi menjelaskan, "Seorang Nabi tidak mungkin berkhianat. Kerana itu, jika dia tidak mungkin berkhianat maka kalian tidak boleh berkhianat." Maksud ayat (Barang siapa berkhianat, nescaya pada hari Kiamat dia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu.) yakni barang siapa yang berkhianat dalam urusan harta rampasan atau fai atau yang lainnya, maka dia akan datang di Padang Mahsyar dengan membawa apa yang dikhianatkannya. Maksud ayat (Kemudian setiap orang akan diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang dilakukannya dan mereka tidak dizalimi.) iaitu mereka akan diberikan balasan atas apa yang mereka perbuat, tanpa dikurangi hak mereka. Dan mereka tidak akan diseksa kecuali sesuai dengan kadar perbuatan mereka. Tanpa melampaui batas sehingga mengurangi hak-hak mereka.
Rujukan: 2001: 193-208 (Tafsir al-Tabari)