Ali-Imran (3) : 161
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasanya setelah masa peperangan Badar, ada seseorang yang kehilangan permaidani merah. Kemudian ada seseorang yang menuduhkan bahawa Rasulullah saw yang mengambilnya. Lalu turunlah ayat ini yang menegaskan bahawa tidak mungkin seorang rasul melakukan hal itu. Imam Ath-Thabrani meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata "Rasulullah saw mengutus pasukan kemudian pasukan itu kembali. Sampai pada kali ketiga, pasukan itu kembali dengan membawa pelindung emas yang dirajut dengan emas. Kemudian turunlah ayat ini untuk memberi peringatan dan larangan mengambil rampasan perang sebelum dibagikan menurut ketentuan."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)