Al-Ahqaaf (46) : 29
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
TAFSIR 1
Imam Ahmad meriwayatkan dari Zubair r.a bahawa firman Allah swt (Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan kepadamu (Muhammad) serombongan jin yang mendengarkan (bacaan) Al-Quran) terjadi di Nakhlah pada saat Rasulullah saw sedang melaksanakan solat isyak. Sufyan mengatakan bahawa makna firman Allah (Mereka (jin-jin) itu berdesakan mengerumuninya) (QS Al-Jinn, 72: 19) adalah para jin tersebut berdesakan seperti bulu yang saling bergumpalan antara satu dan yang lain. (HR Ahmad) Adapun maksud firman Allah swt (Mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan) adalah para jin itu kembali kepada kaumnya lalu memberi peringatan kepada kaumnya itu tentang apa yang baru saja mereka dengar dari Rasulullah saw. Hal ini senada seperti yang terdapat dalam firman Allah swt sebagai berikut. (Pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya) (QS At-Taubah, 9: 122) Ayat dalam surah Al-Ahqaf ini juga menjadi dalil bahawa dalam bangsa jin itu hanya ada para pemberi peringatan dan tidak pernah ada rasul di kalangan mereka. Dan memang tidak diragukan lagi, bangsa jin tidak pernah diutus menjadi rasul bahkan untuk kalangan mereka sendiri pun.
Rujukan: 1999: 836 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menegaskan dalam ayat-Nya (Dia memperbandingkan orang-orang kafir Quraisy antara kekufuran mereka dengan keimanan bangsa jin. Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan kepadamu) wahai Muhammad (Serombongan jin yang mendengarkan (bacaan) Al-Quran) dikisahkan bahawa mereka dihadapkan kepada Rasulullah saw pasca peristiwa dilemparnya mereka dengan bintang-bintang dari langit. Para ahli takwil berbeza pendapat seputar jumlah rombongan bangsa jin itu. Sebahagian ulama berpendapat ada tujuh rombongan. Sebahagian lain menyatakan ada sembilan rombongan. Firman-Nya (Maka ketika mereka menghadiri (pembacaan) nya) iaitu ketika rombongan bangsa jin yang dihadapkan Allah swt kepada rasul-Nya itu datang. Para ahli takwil berbeza pendapat seputar sifat kehadiran mereka di hadapan Rasulullah saw. Sebahagian ulama berpendapat, Rasulullah saw mengetahui peristiwa yang terjadi di langit dari Allah swt namun beliau tidak mengetah keberadaan mereka. Sebahagian lain menegakkan, bahkan Nabi saw diperintahkan Allah swt untuk membacakan Al-Quran kepada mereka. Bangsa jin itu dikumpulkan hadapan Rasulullah saw oleh Allah swt dengan memperingatkan mereka kemudian Allah swt menyuruh Rasulullah saw membacakan Al-Quran kepada mereka. Para ulama berbeza pendapat seputar tempat dibacakanya Al-Quran tersebut. Ada yang mengatakan di suatu tempat bernama Al-Hajun, ada juga yang menyebutkan Nakhlah.
Rujukan: 2001: 499 (Tafsir al-Tabari)