Al-Ahqaaf (46) : 29
وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Mas'ud bahawasannya ketika Rasulullah sedang membaca ayat-ayat Al-Quran, ada beberapa jin (dalam riwayat ada sembilan jin) yang mendengarkan bacaan beliau. Kemudian salah satu dari mereka mengingatkan kepada yang lain, "Diamlah, perhatikan bacaannya." Sesudah itu, mereka kembali kepada kaumnya untuk mengingatkan mereka pada jalan yang benar. Turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)