Ad-Dukhaan (44) : 10 (Blok: 10-16)
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibnu Mas'ud bahawasannya kaum kafir Quraisy terus-menerus menentang dakwah Rasulullah sehingga tibalah saatnya beliau memohon kepada Allah agar didatangkan pelajaran bagi mereka berupa kekeringan seperti halnya kaum Yusuf. Doa Rasulullah pun dikabulkan sehingga mereka mengalami kekeringan dan kelaparan sampai tulang-belulang pun mereka santap. Setiap saat, mereka memandangi langit berharap hujan datang. Maka dari itu, turunlah ayat ke 10-11 ini sebagai peringatan dan pelajaran atas sikap derhaka mereka. Diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibnu Mas'ud bahawasannya kedua ayat ini (15-16) menegaskan bahawa setelah mereka dibebaskan dari bencana dan diberikan nikmat, mereka akan kembali derhaka menentang Allah dan Rasul-Nya.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)