Az-Zukhruf (43) : 79 (Blok: 79-80)
Bahkan mereka (yang kafir) itu telah mengambil keputusan menjalankan satu rancangan (hendak membunuh Rasul Kami), maka Kami juga mengambil keputusan (menggagalkan rancangan mereka).
TAFSIR 1
Allah swt berfirman (Ataukah mereka telah merencanakan suatu tipu daya (jahat) maka sesungguhnya Kami telah berencana (mengatasi tipu daya mereka)) tentang ayat ini, Mujahid berkata "Mereka membuat tipu daya yang buruk tetapi Kami yang justeru menipu mereka." Perkataan Mujahid ini senada dengan yang dijelaskan Allah swt dalam firman-Nya sebagai berikut. Dan mereka membuat tipu daya dan Kami pun menyusun tipu daya, sedang mereka tidak menyadari) (QS An-Naml, 27: 50) Penjelasan hal ini adalah bahawa dalam menolak kebenaran, orang-orang musyrik membuat kilah-kilah dan makar yang bermacam-macam. Akan tetapi Allah swt lah yang justeru menipu daya mereka dan mengembalikan makar tersebut kepada mereka. Oleh kerana itu, Allah swt berfirman dalam ayat selanjutnya (Ataukah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka?) maksudnya apa yang mereka rahsiakan mahupun apa yang mereka berterus terang tentangnya. Sedangkan maksud (Sebenarnya (Kami mendengar) dan utusan-utusan Kami (malaikat) selalu mencatat di Sisi mereka) iaitu Kami mengetahui apa yang mereka perbuat. Begitu juga para malaikat yang mencatat amal-amal mereka, baik kecil mahupun besar.
Rujukan: 1999: 993 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Dalam ayat-ayat ini Allah swt menerangkan tentang balasan bagi orang musyrik yang telah menetapkan satu urusan yang mereka berhukum kepadanya sebagai tipu daya (jahat) dari kebenaran yang kami datangkan kepada mereka. Maka sesunguhnya kami akan menghukum mereka kerana perbuatan mereka yang telah merendahkan dan menghinakan sebuah seksaan (hukuman). Kemudian Allah swt menyebutkan bahawa orang-orang musyrik mengira Allah swt tidak mendengar ucapan-ucapan yang mereka sembunyikan dari manusia dan yang mereka rahsiakan serta bisik kan di antara mereka. Padahal kami akan menghukum mereka kerana apa yang mereka sembunyikan. Bahawa kami mengetahui dan mendengar apa yang mereka bisikkan itu, apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka rahsiakan. Bahkan kami (malaikat) mencatat semua yang mereka kerjakan. Diriwayatkan dari Muhammad bin Katab Al-Qurazhi bahawa ayat itu turun kepada tiga kelompok, yang meragukan tentang pendengaran Allah swt terhadap ucapan hamba-Nya. ltulah balasan yang Allah swt sediakan bagi orang-orang yang berdosa dan melanggar.
Rujukan: 2001: 651-653 (Tafsir al-Tabari)