Ali-Imran (3) : 147
Doanya:
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maknanya: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.
Keterangannya: Allah swt telah menerangkan cara berdoa bagi menghadapi dugaan dan ujian Allah, bilamana keadaan menjadi genting dan pihak musuh kelihatan akan menang, samada di medan pertempuran atau di masa aman, iaitu hendaklah si pendoa itu mendahulukan taubat dan insaf bahawa kedudukan pada masa itu yang begitu genting tentulah bersebab dari kelalaiannya dalam menjalani perintah Allah dan menghindari laranganNya. Selepas bertaubat (ampunilah dosa-dosa kami), barulah memohon pertolongan dan sebagainya.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)