Az-Zukhruf (43) : 57
وَلَمَّا ضُرِبَ ابْنُ مَرْيَمَ مَثَلًا إِذَا قَوْمُكَ مِنْهُ يَصِدُّونَ
Dan ketika (nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).
ASBAB 1
Imam Ahmad mengeluarkan dengan sanad yang sahih, juga Imam At-Thabrani, dari Ibnu Abbas, bahawasannya Rasulullah saw berkata kepada orang-orang Quraisy "Seseorang yang menyembah selain Allah, sesungguhnya ia tidak ada sedikit pun kebaikan." Mereka menjawab "Bukankah kamu sendiri menyebut bahawa Isa adalah seorang nabi dan hamba yang soleh tetapi ia menyembah selain Allah?" Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)