Ali-Imran (3) : 140
إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
HADISNYA
Hadis riwayat Sahal bin Sa'ad r.a, bahawa dia ditanya tentang Iuka Rasulullah saw dalam Perang Uhud, Sahal menjawab "Wajah Rasulullah saw terluka, gigi seri beliau patah serta topi perang beliau juga hancur. Fatimah puteri Rasulullah saw lalu membersihkan darah beliau sementara Ali bin Abu Thalib menuangkan air ke atas Iuka dengan menggunakan perisai. Ketika Fatimah melihat ternyata air hanya menambah pendarahan, dia lalu mengambil sepotong tikar dan membakarnya sehingga menjadi abu. Kemudian Fatimah menempelkan abu tersebut pada Iuka beliau sehingga berhentilah aliran darah itu."
No Hadis: 3345
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)