Az-Zukhruf (43) : 4
Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami - sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
Az-Zukhruf (43) : 4 (Blok: 4-5)
Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami - sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
TAFSIR 1
Maksud firman Allah (Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ummul Kitab (Lauh Mahfuz) di Sisi Kami, benar-benar (bernilai) tinggi dan penuh hikmah) bahawa Al-Quran berada di tempat mulia di sisi-Nya agar seluruh penghuni Bumi mengagungkan, memuliakan dan mentaatinya. Firman Allah (Dan sesungguhnya Al-Quran itu) iaitu Al-Quran (Dalam Ummul Kitab) iaitu di Lauh Mahfuz. Demikian menurut Ibnu Abbas r.a dan Mujahid. Sedangkan maksud kata (Di Sisi Kami) adalah Indana yang bererti pada Kami. Demikian menurut Qatadah dan ahli tafsir lain. Adapun maksud (Benar-benar (bernilai) Tinggi) iaitu memiliki kedudukan, kemuliaan dan keutamaan. Demikian yang diungkapkan oleh Qatadah. Sedangkan maksud (Dan penuh hikmah) bahawa Al-Quran bersifat muhkam, bebas dari kerancuan dan kesesatan. Semua ini merupakan penegasan akan kemuliaan dan keutamaannya. Hal ini sebagaimana yang difirmankan Allah swt dalam firman-Nya sebagai berikut. (Dan (ini) sesungguhnya Al-Quran yang sangat mulia. Dalam Kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz). Tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan seluruh alam) (QS Al-Waqiah, 56: 77-80) (Sekali-kali jangan (begitu)! Sungguh (ajaran-ajaran Allah) itu suatu peringatan maka barang siapa menghendaki tentulah dia akan memperhatikannya di dalam kitab-kitab yang dimuliakan (di Sisi Allah) yang ditinggikan (dan) disucikan di tangan para utusan (malaikat) yang mulia lagi berbakti) (QS Abasa, 80: 11-16)
Rujukan: 1999: 984 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menerangkan dalam ayat ini tentang sikap orang musyrik terhadap Al-Quran. Disebutkan bahawa Al-Quran itu dalam induk Al-Kitab (Lauh Mahfuz) yang ada di Sisi kami, sungguh tinggi nilainya dan mengandungi banyak hikmah di dalam ayat-ayatnya. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, ia berkata "Sesungguhnya hal pertama yang Allah swt ciptakan adalah qalam (tinta) kemudian Allah swt memerintahkannya untuk menuliskan apa yang ingin Dia ciptakan, Dia berkata 'Iaitu Al-Kitab yang ada di sisi-Nya'. Kemudian Dia berfirman 'Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam induk Al-Kitab (Lauh Mahfuz) di Sisi Kami adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandungi hikmah."' Kemudian Allah berfirman (Maka apakah Kami akan berhenti menurunkan ayat-ayat (sebagai peringatan) Al-Quran kepadamu kerana kamu kaum yang melampaui batas?) Maksudnya apakah kalian mengira kami akan menahan seksaan kalian dan kami akan membiarkan kalian dan kami akan mencegah perbuatan kalian kerana kalian orang-orang musyrik yang melampaui batas, yang tidak beriman kepada Tuhan kalian. Maka ini menunjukkan bahawa firman-Nya sebagai ancaman bagi orang-orang musyrik ketika mereka mendustakan apa yang datang kepada mereka dari Sisi Allah swt melalui rasul-Nya kerana mengikuti cara umat sebelum mereka.
Rujukan: 2001: 546-550 (Tafsir al-Tabari)