Asy-Syuraa (42) : 51
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
TAFSIR 1
Berikut ini merupakan pembahagian wahyu berdasarkan turun-Nya dari Allah swt. Ada kalanya Allah swt memasukkan sesuatu ke hati Rasulullah saw dan beliau sama sekali tidak ragu bahawa itu berasal dari Allah swt. Hal ini sebagaimana wahyu yang disebutkan dalam kitab hadis sahih Ibnu Hibban bahawa Rasulullah saw bersabda sebagai berikut "Sesungguhnya roh kudus (Malaikat Jibril) mengembuskan sesuatu ke hatiku iaitu bahawa seseorang tidak akan meninggal dunia sempurna rezeki dan ajalnya. Kerana itu bertakwalah kalian kepada Allah dan bersikap baiklah dalam meminta (kepada Allah swt)." (HR Syihab Al-Qudha'i) Maksud firman Allah (Atau dari belakang takbir) adalah seperti halnya Allah swt berbicara kepada Nabi Musa a.s yang saat itu beliau meminta untuk melihat Allah swt. Setelah berbicara dengan-Nya tetapi ia terhijab dari hal itu. Diriwayatkan bahawa ayah Jabir r.a terbunuh dalam Perang Uhud. Jadi pembicaraan antara ayah Jabir r.a dengan Allah swt itu terjadi di alam barzah. Sedangkan ayat di atas berbicara dalam konteks alam dunia. Firman Allah (Atau dengan mengutus utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki) iaitu sebagaimana turunnya Jibril a.s dan malaikat lainnya kepada para nabi a.s. Firman Allah (Sungguh Dia Maha Tinggi, Maha Bijaksana) iaitu Dia Maha Mulia, Maha Mengetahui, Maha Meliputi dan Maha Bijaksana.
Rujukan: 1999: 983 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menjelaskan bahawa tidak mungkin bagi seorang manusia pun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu ataupun berupa ilham dan cara yang lainnya atau di belakang takbir maksudnya seorang dapat mendengar kalam llahi akan tetapi dia tidak dapat melihat-Nya seperti yang terjadi kepada Nabi Musa a.s. Ataupun Allah swt mengutus malaikat-Nya sebagai pemberi wahyu seperti malaikat Jibril ataupun yang lainnya lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki, baik berupa perintah, larangan dan lain sebagainya. Dengan demikian dapat diketahui bahawa ada tiga cara turunnya wahyu atau cara Allah swt menurunkan wahyu kepada rasul-Nya. Pertama Allah swt langsung menurunkan wahyu itu kepada Rasul saw ke dalam hatinya. Kedua Allah swt langsung berbicara kepada rasul-Nya di belakang hijab di mana perkataan Allah itu dapat didengar tetapi tidak bisa melihat-Nya seperti Allah swt berbicara kepada Nabi Musa a.s dan ketiga dengan cara mengutus malaikat Jibril sebagai pemberi wahyu kepada rasul-Nya, baik wahyu itu berupa perintah ataupun larangan dengan izin Allah swt. Sesungguhnya Allah swt Maha Tinggi dan berkuasa atas segala sesuatu dan Maha Bijaksana dalam mengatur ciptaan-Nya.
Rujukan: 2001: 540-541 (Tafsir al-Tabari)